Sunday, February 7, 2010

Bangkuduan - Trip Hampir Kumpau

Trip kali ni saya bersama Fadzli dan Botmen(Bro Lasak), bertolak dari Sipitang lebihkurang jam 7.30 pagi. Kami singgah di Laut Kuala Weston untuk mendapatkan umpan udang hidup yang diminta daripada kapal pukat tunda udang yang menunda udang di kawasan tersebut. Dapat umpan udang free, memang baik hati nelayan di sana.. Terima kasih..

Ni dia hasil memancing dari jam 11 pagi sampai jam 5 petang di Bangkuduan. Pujian diberikan kepada Fadzli yang banyak menaikkan ikan pada hari tu. Saya dan Botmen (Bro Lasak) hampir kumpau hari tu.. Memang kurang bernasib baik hari tu..

Dari pagi tu, ikan tidak berapa makan.. Hanya pada jam 4 petang, ketika air bergerak surut barulah ikan galak. Tapi, masa tu umpan udang hidup mo habis sudah. Sabar jaklah. Tepat jam 5.30 petang kami bergerak balik ke Sipitang, menempuh ombak dan sampai ke Sipitang lebihkurang jam 6.30 petang..

Perancangan trip seterusnya pada hari jumaat ni (12.02.2010) , bertolak jam 3.00 petang dari Sipitang, bermalam dan balik pada keesokan harinya..

Wednesday, February 3, 2010

SEMPORNA - CASTING & POPPING DI SANGKAR IKAN

Ini dia Sangkar Ikan yang diusahakan oleh Pcik Jaihanu, di Kg. Terusan Tengah.. Tempat di mana saya mencuba teknik casting dan popping. Mulanya saya casting di jetty ni, tapi tidak berhasil. Akhirnya, pak cik offer saya try sangkar ikannya pula.. hehehe..

Pondok menghala ke laut ini sesuai untuk bersantai. Masa saya casting, my wife tunggu di sinilah..

Lontaran casting yang pertama.. terus strike ikan putih, lebih kurang 1kg.. ganas ikan dalam sangkar ni..

Saya cuba, popper pula.. terus di sambar.. Ini di sangkar ikan putih kelas 2 (skala ikan 200gm - 1kg)

Kemudian popping di sangkar ikan kelas 1 (skala ikan 1kg ke atas).

Casting di Sangkar Ikan kelas 1.. Ikan putih. Aga juga ikan kerapu yang saya dapat, tapi lupa ambil gambarlah..

Dan ini, ikan-ikan yang saya dapat (sebahagiannya lepaskan balik) dan lobster yang pakcik bagi.. Terima kasih..

Menikmati pemandangan sunset sementara menunggu bot datang mengambil kami balik..


Lihat macammana ikan putih menyambar popper..

Monday, February 1, 2010

SEMPORNA - TRIP CARI LAUK KENDURI

Kesempatan balik kampung untuk menghadiri kenduri dimanfaatkan sepenuhnya. Satu trip memancing telah di atur oleh saya dan Pakcik Sharif pada 30hb Januari 2010. Trip setengah hari dan satu malam.. Bertolak jam 10 pagi dan balik pada keesokan subuhnya. Trip ini disertai oleh enam orang pemancing. Lokasi memancing adalah takat-takat di antara Pulau Bum-Bum dan Pulau Mabul.. Selain tuk melepaskan gian memancing, trip ini juga adalah untuk mencari lauk untuk kenduri..

Dalam perjalanan ke lokasi memancing..

Umpan pumpun yang disediakan..

Jamal sedang menyediakan hirisan sotong sebagai umpan.

Pulau Mabul kelihatan sayup-sayup dari pandangan. Tekong cakap, kalau bukan sebab angin agak kuat haritu, dia mo bawa kami memancing di takat berdekatan Pulau Mabul. Lain kalilah..


Sebahagian hasil saya dan tekong di lokasi pertama, Takat Lima..

Jamal dengan ikan jebongnya, pakai handline jak..

Saya dengan kerisi, sebelum malam menjelma.. Tiada sesi bergambar pada waktu malam sebab camera phone tiada flash..

Malam tu angin bertiup agak kencang, menyebabkan laut sedikit berombak. Kami berehat sebentar di sebuah kapal nelayan dari kampung kami yang kebetulan berada di situ. Selepas menikmati makan malam, sotong rebus kami meneruskan aktiviti memancing di Takat Potek (Putih).. Malam tu ikan tidak berapa galak makan. Jam 2 pagi saya berhenti memancing dan tidur, hanya beberapa orang saja lagi yang memancing. Jam 4 pagi kami pun bertolak balik..

Sampai di rumah dalam jam 6 pagi..

Inilah hasil kami memancing.. Memang tidak memberangsangkan. Tapi, bolehlah tuk buat lauk kenduri. Syukur apa yang ada.

Lokasi memancing yang kami kunjungi adalah takat terbaik tekong kami, Pakcik Junaidi yang merupakan nelayan pancing. Disebabkan beberapa faktor hasil kami kurang menggalakkan;
1. Takat ini selalu dicerobohi oleh nelayan menggunakan bom ikan.. Sebab itulah, saya rasa ikan-ikan kecil jak yang tinggal di sana.. Inilah masalah di Semporna, aktiviti membom ikan yang tidak dapat dibendung..
2. Air agak sejuk malam tu, menyebabkan ikan kurang agresif.
3. Angin yang bertiup dan ombak agak menyukarkan aktiviti memancing.

Apapun, insya Allah satu lagi trip akan di rancang pada awal Mei 2010 nanti di Semporna. Ni kali saya mo bawa dorang ke takat berhampiran Mabul pula..

Sunday, January 17, 2010

Peta Sungai Bintuka


Inilah dia, Peta Sungai Bintuka dan kawasan sekitarnya yang menjadi padang pancing saya sejak bulan Ogos 2009 yang lepas. Kawasannya memang luas dengan banyak lagi lubuk-lubuk yang masih menjadi misteri dan belum kami temui. Untuk kaki pancing yang belum sampai ke sini, padang pancing ni boleh dikunjungi dengan menaiki bot terus dari Sipitang, Weston, Menumbuk dan juga Jetty Hj. Kumit. Setakat ni, saya seperti kebiasaannya menggunakan khidmat bot sewa Tuan Hj. Kumit dari Kg. Bintuka. Jangan tersalah duga, perjalanan dengan menaiki bot dari Jetty Hj. Kumit ke kuala sungai menaiki bot 18hp, memakan masa lebih setengah jam. Melalui sungai yang bersimpang siur, dan boleh menyesatkan..

Sekadar perkongsian, berikut hasil terbaik saya dan geng pemancing dari Sipitang dari setiap kuala;

Kuala 1-Bintuka : Pari 5kg, Kerapu Hitam, Ikan Putih >1kg..
Kuala 2-Maidin: Kurau 2kg, Jenahak 2kg, Pari 3.5kg, Ikan Putih 1kg
Kuala 3-Barabak: Dapat kerapu hitam jak di sini..
Kuala 4-Bangkuduan: Ikan Putih >1kg (baru sekali mancing di sana)..

Harap-harap lepasni banyak lagilah ikan yang bersaiz besar dapat dinaikkan. Keseronokan memancing tercapai, apabila bertarung dengan ikan yang besar dan memenangi pertarungan itu.

Tuesday, January 12, 2010

Carta Air Pasang Surut Sampai 2050

Pagi ni saya geledah segenap pelusuk ruang di alam maya ni untuk mencari Jadual Air Pasang Surut 2010.. Cari pakai yahoo search, di scribd, di forum pancing.. Akhirnya saya terjumpa di satu laman forum pancing yang membincangkan carta pasang surut. Ada software tuk Carta Air Pasang Surut sampai 2050 tuk seluruh dunia.. Macam tak percaya, saya try download dan cuba.. Macam best software ni.. Senang mo guna.. Harap-harap boleh pakailah datanya ni..

Dan, pastu saya terfikir, bagus juga kalau dapat kongsikan dengan semua kaki pancing yang belum ada software ni.. Kalau berminat, bagitaulah..

Sunday, January 10, 2010

Trip 10.01.10 - Bintuka Ke Bangkuduan

Kuala Bangkuduan.. Banyak bot nelayan memasang pukat di muaranya..


Ada papan tanda, Larangan memancing pada hari Jumaat.. Kalau kedapatan kena denda membersihkan masjid Mentulud..


Kami terjumpa lubuk ikan putih di sana.. Ni sebahagian ikan putih yang saya dapat.


Sufri dengan ikan putih terbesar hari tu.. 1kg lebih..

Dan ini, Sufri bergaya dengan garut-garut 0.8kg..

Ni hasil yang saya dapat haritu..


Ni hasil yang Sufri dapat hari tu..

C jep ndak mo kongsikan gambar ikan yang dia dapat.. Kecewa dia hari tu.. biasanya dia yang memenangi setiap trip, tp kali Sufri yang menang..

Apapun, Alhamdulillah, syukur apa yang ada..

Pas ni, mo rehat dulu 2,3 minggu.. Bangkuduan, nanti kami datang lagi..

Monday, January 4, 2010

Bintuka - Trip Pembukaan 2010

Tuah pemancing baru, Fadzli dengan Kurau 2kg..

Trip pembukaan 2010, pada 3.01.10 disertai oleh Fadzli dan Jep, selaku boatman.. Sampai di jeti Hj. Kumit sebelum jam 6 pagi, tapi lambat dapat bertolak kerana terpaksa beratur mendapatkan umpan hidup di kolam Hj. Kumit..

Bertolak dari jeti jam 7.30 pagi, dan terus memecut ke kuala maidin. masa tu arus deras masa surut. Labuhan kali pertama di tebing, berjaya menghasilkan Kurau 2kg oleh Fadzli, pemancing baru yang serba-serbi pun saya buatkan untuk dia (masukkan tangsi, perambut, ikatan mata kail, control drag).. Memang tuah dia hari tu.. Kena tarik dengan Kurau 2kg, sampai mo surrender dan pass joran dia ngan saya, tapi saya suruh dia teruskan juga perlawanan itu. Dan, akhirnya dia berjaya. ''Sampai terketar-ketar" katanya..

Lepas tu kami berpindah ke lubuk biasa kami.. tapi, hampa.. awal-awal lagi sudah kena pasang pukat.. terpaksalah kami mengalah dan mencari lubuk lain lagi. Lebih kurang jam 9 pagi arus berhenti dan tiada ikan yang sudi menjamah umpan. Jam 10.30 pagi ke berpindah ke lubuk kerapu, tp hasilnya pun tidak memberangsangkan. saya hanya dapat menaikkan 3 ekor kerapu yang bersaiz di bawah 500 gram. Dalam hati berkata, "mungkin ada orang lain yang dah jumpa lubuk ni".. Sabar jaklah..

Jam 12 lebih, kami pergi semula ke Maidin.. Ke lubuk biasa kami, pun tidak berhasil. Berpindah lagi ke tempat kami menaikkan kurau tadi.. Jam 2 lebih, barulah ada ikan yang makan umpan..


Jep dengan ikan putih saiz 1kg.

Jep dengan ikan 1kg (tak tahu nama)..

Kesimpulannya, trip hari tu agak kurang memberangsangkan.. Dahlah awal pagi lagi kena hujan, time pagi tu ikan pula tidak galak makan.. Sebagai perkongsian, daripada pengamatan dan pengalaman saya di Bintuka yang baru setahun jagung ni, ikan di Bintuka ni lebih galak makan masa air surut berbanding dengan air pasang..