Monday, February 1, 2010

SEMPORNA - TRIP CARI LAUK KENDURI

Kesempatan balik kampung untuk menghadiri kenduri dimanfaatkan sepenuhnya. Satu trip memancing telah di atur oleh saya dan Pakcik Sharif pada 30hb Januari 2010. Trip setengah hari dan satu malam.. Bertolak jam 10 pagi dan balik pada keesokan subuhnya. Trip ini disertai oleh enam orang pemancing. Lokasi memancing adalah takat-takat di antara Pulau Bum-Bum dan Pulau Mabul.. Selain tuk melepaskan gian memancing, trip ini juga adalah untuk mencari lauk untuk kenduri..

Dalam perjalanan ke lokasi memancing..

Umpan pumpun yang disediakan..

Jamal sedang menyediakan hirisan sotong sebagai umpan.

Pulau Mabul kelihatan sayup-sayup dari pandangan. Tekong cakap, kalau bukan sebab angin agak kuat haritu, dia mo bawa kami memancing di takat berdekatan Pulau Mabul. Lain kalilah..


Sebahagian hasil saya dan tekong di lokasi pertama, Takat Lima..

Jamal dengan ikan jebongnya, pakai handline jak..

Saya dengan kerisi, sebelum malam menjelma.. Tiada sesi bergambar pada waktu malam sebab camera phone tiada flash..

Malam tu angin bertiup agak kencang, menyebabkan laut sedikit berombak. Kami berehat sebentar di sebuah kapal nelayan dari kampung kami yang kebetulan berada di situ. Selepas menikmati makan malam, sotong rebus kami meneruskan aktiviti memancing di Takat Potek (Putih).. Malam tu ikan tidak berapa galak makan. Jam 2 pagi saya berhenti memancing dan tidur, hanya beberapa orang saja lagi yang memancing. Jam 4 pagi kami pun bertolak balik..

Sampai di rumah dalam jam 6 pagi..

Inilah hasil kami memancing.. Memang tidak memberangsangkan. Tapi, bolehlah tuk buat lauk kenduri. Syukur apa yang ada.

Lokasi memancing yang kami kunjungi adalah takat terbaik tekong kami, Pakcik Junaidi yang merupakan nelayan pancing. Disebabkan beberapa faktor hasil kami kurang menggalakkan;
1. Takat ini selalu dicerobohi oleh nelayan menggunakan bom ikan.. Sebab itulah, saya rasa ikan-ikan kecil jak yang tinggal di sana.. Inilah masalah di Semporna, aktiviti membom ikan yang tidak dapat dibendung..
2. Air agak sejuk malam tu, menyebabkan ikan kurang agresif.
3. Angin yang bertiup dan ombak agak menyukarkan aktiviti memancing.

Apapun, insya Allah satu lagi trip akan di rancang pada awal Mei 2010 nanti di Semporna. Ni kali saya mo bawa dorang ke takat berhampiran Mabul pula..

No comments:

Post a Comment