Monday, December 5, 2011

Lahirnya Bot Kembara Pulau

Hobi memancing dan hasrat untuk menyediakan perniagaan untuk keluarga di kampung mencetuskan usaha untuk menempah sebuah bot. Tambahan pula, adik yang tidak mahu lagi melanjutkan pelajaran telah terlibat dengan kerja-kerja menyediakan khidmat sewaan bot untuk kemudahan pelancong ke Pulau Mabul dan pulau-pulau lain di Semporna. Dengan rezeki dan keizinan Allah, maka bermulalah usaha untuk membina sebuah bot gentian kaca dengan panjang 25'.



Keadaan bot diawal pembinaan dalam bulan Julai 2011.

Bot yang sudah siap pada September 2011, menunggu enjin dipasang.
 
 
 
Bot yang sudah disiap dipasang enjin pada pertengahan November 2011.
Dipacu dengan 2 buah  enjin Yamaha 40hp.

Alhamdulillah, bot telah siap dan telah mula beroperasi. Diharap semuanya akan berjalan lancar. Dan saya, masih lagi bercongak-congak bilakah masa yang sesuai untuk saya menguji bot tersebut untuk menduga lubuk-lubuk ikan di Semporna. Buat masa ini, adik saya yang menguruskan bot tersebut dan sudah menerima beberapa tempahan untuk khidmat sewaan bot untuk melawat pulau-pulau di Semporna dan juga mengatur trip memancing. 

Untuk rakan-rakan yang berminat dan memerlukan khidmat sewaan bot di Semporna, boleh menghubungi adik saya, Maidin (013-8371990)..


Tuesday, November 8, 2011

Lesen Trolling di Kapal Berlabuh






Cuti sempena Hari Raya Haji saya manfaatkan dengan mengatur trip memburu tenggiri di kawasan kapal berlabuh di perairan Sipitang. Saya turun bersama bro Fadzli yang dua minggu lepas telah menaikkan 2 ekor tenggiri bersaiz 2 - 3 kg berumpankan ikan tamban hidup dan juga barracuda 5kg dengan kaedah trolling.

Kami merancang turun seawal jam 10.00 malam, tetapi disebabkan ribut yang melanda dan hujan yang mencurah, terpaksalah kami tunda ke awal pagi keesokannya, jam 5.30 pagi. Tapi, keadaan laut masih beralun dan begelora. Ditambah bau petrol yang tumpah, mabuk free kami jadinya.

Mulanya kami memancing umpan dengan teknik apollo. Setelah mendapat beberapa ekor umpan hidup, kami pun pertaruhkan di bahagian belakang dan hadapan kapal. Tetapi, sama seperti nelayan-nelayan lain yang sabar menunggu, tiada jawapan. Setelah kebosanan menunggu, saya mengajak Fadzli untuk menunda gewang. Lagipun, keadaan laut sudah beransur baik..

Dari kapal berlabuh pertama, kami menuju ke kapal berlabuh yang kedua. Lebih kurang 100m ke kapal berlabuh yang kedua, gewang yang saya tunda di sambar dan dilarikan dengan ganas. Kelam kabut saya jadinya. Saya menenangkan diri dan melayan tenggiri sebaiknya. Semakin menghampiri bot, tenggiri semakin mengganas. 3 - 5 kali tujaman dibuat dan membuatkan reel Shimano Navi PG8000 saya yang telah lama direhatkan mengeluarkan bunyi yang syahdu. Akhirnya, seekor tenggiri bersaiz 3 kg berjaya saya naikkan. Alhamdulillah, ada juga rezeki untuk hari.



Sunday, June 19, 2011

Sudah lama tak membottom..

Trip kali ini saya mengajak orang yang memperkenalkan saya dengan Bintuka, iaitu biras saya, Jep. Pada mulanya kami merancang trip ke Bintuka dengan menaiki bot dari Sipitang, tetapi disebabkan oleh keadaan cuaca yang agak berangin, kami membuat keputusan untuk turun dari jeti Hj. Kumit.

Kerana kesibukan membottom, tidak banyak gambar yang dirakamkan. Gambar hasil keseluruhan ini pun sampai rumah baru di fotokan.

Gambar hasil keseluruhan..

Trip bottom yang agak berhasil, memancing dari jam 7 pagi sehingga jam 11. Hanya sempat mengunjungi 3 lubuk lama. Syukurlah, ada juga lauk segar untuk seminggu ni.





Sunday, June 12, 2011

2 Lesen Sekaligus..

Trip 11/06/2011 terlaksana setelah mendapat ajakan daripada Bro Faizal Japar untuk sama-sama turun pada tarikh tersebut. Disebabkan penarikan diri rakan caster bro Faizal di saat-saat akhir, saya akhirnya berpasangan dengan geng seperahu dari Sipitang, bro Fadzli. Sampai di jeti Hj. Kumit seawal jam 6 pagi, keadaan agak suram dengan hujan gerimis dan cuaca mendung. Apapun, trip tetap diteruskan..

Perjalanan menuju ke lokasi.. Di hadapan bot Bro Faizal dan pasangannya, Bro Faudzi berlatarbelakangkan langit mendung..



Sarapan pagi. Bro Fadzli strike seawal jam 7.30 pagi di lubuk yang pertama. Merupakan lesen Barra beliau yang pertama.

Barra 3kg yang kelaparan, menelan habis Rapala Tail Dancer Hot Tiger 7cm. Mungkin ini jugalah sebabnya kenapa barra ni kurang memberikan tentangan..

Strike MJ di hotspot, BATU. Kelihatan di belakang 2 lagi bot geng Caster dr Papar yang turut mencuba nasib di hotspot ini..

Bro Fadzli dengan Lesen yang ke-2. Lesen MJ. Inipun, MJ beliau yg pertama dalam arena casting.

Rekod tercipta, strike kitang. Saiz macam ni, bila kena di badan, berat juga mo tarik..

Hasil keseluruhan trip haritu.
Memang hari Bro Fadzli lah ni kali.. Nantikan trip seterusnya..


Tuesday, May 3, 2011

Lesen Black Bass Bintuka 2011

Lesen Black Bass Bintuka 2011, 2.3kg.

Dinaikkan pada 1.05.2011 menggunakan Rapala Hot Tiger Tail Dancer 7cm, Set casting Rod Abu Vangeance 8 - 17lb, Reel Spinning Abu Cardinal 320i, Braided Sufix 20lb dan Perambut Sufix Superior 30lb.

Close up, gewang yang pecah dikerjakan Black Bass.

Sunday, March 20, 2011

Lesen Kerapu Batu

Trip 19.03.2011 menggantikan trip yang dirancang pada 13.03.2011. Trip kali ni turun 2 buah bot, saya dan Fadzli manakala bot sebuah lagi Faizal dan Faudzi. Saya telah menempah bot No. 2 dan 12. Sampai di jetty Hj. Kumit seawal jam 6 pagi, terus memunggah barang ke bot sementara menunggu Faizal dan Faudzi yang masih dalam perjalanan. Buat pertama kalinya saya berhadapan dengan masalah bot tidak dapat dihidupkan.. Sabar jaklah..

Enjin bot no. 2 tetap tidak mahu hidup walaupun mendapat bantuan. Mujurlah ada bot no. 3 sebagai gantinya. terubat juga kekecewaan diawal pagi..


Ikan pertama, strike pada jam 11 lebih. Huh, penat juga mo mencari strike MJ di Maidin ni..

Setelah kurang mendapat sambutan di Maidin, kami bergerak ke Menumbuk dengan merentas laut. Dekat jak rupanya, lebihkurang 15 minit sudah sampai. Misi diteruskan, kali ni mo memburu tembaring pula..

Lesen Kerapu di Batu. Setelah sekian kalinya menduga nasib di batu, akhirnya hari ni mendapat sambutan. Cukup mengujakan dan mengketar-ketarkan tangan. Rekod peribadi tercipta dengan menaikkan spesies yang tidak pernah lagi dinaikkan oleh rakan-rakan caster di sini.

Dan inilah juga bayarannya, sauh menyangkut dan tali terpaksa dipotong. Niat dihati mo buatkan pelampung tuk memudahkan rakan-rakan caster lain apabila mau menduga penghuni batu ni..

Setelah lama menunggu strike daripada pagi, akhirnya Fadzli strike juga di sebelah petang. Titir pun titirlah, yang penting ada karan..

Dalam usaha memburu selunsung di hulu Balingkatak, Fadzli strike penjulung.. Ni ndak tau ni, siapa yang strike siapa.. Hehe.. Rekod juga ni..

Hasil keseluruhan hari ni; Kerapu di batu 1, Kerapu hitam 1, Titir 2 dan Penjulung 1.. Haha.. Apapun, syukur trip ini berjaya dilaksanakan. Hasil bukan ukuran, yang penting kepuasan melaksanakan hobi dan mengurangkan rasa gian..

Wednesday, March 9, 2011

Serangan GT di Jeti

Trip 5/3/2011, saya turun bersama Fadzli untuk beraksi di perairan Sipitang. Agenda yang dirancang ialah Popping di Jeti Sipitang dan Casting di sungai kecil dan Sg Merintaman. Bertolak agak lewat, lebih kurang jam 7.30 pagi, keadaan air agak keruh disebabkan hujan yang turun pada malam sebelumnya agak melemahkan semangat jugalah.. Apapun, trip tetap diteruskan..

Sampai di lubuk pertama lebihkurang jam 8.00 pagi. Hampir setengah jam menunggu, akhirnya sekumpulan GT menyerang ulu-ulu yang berkumpul di hujung jeti. Tanpa membuang masa, popper diumbankan ke kawasan serangan. Dengan sekali humbanan, pemangsa yang terus menerkam popper yang baru sampai ke permukaan air..

GT pertama seberat 3kg ditewaskan dengan reel Shimano Catana 4000 + Rod Lemax + Braided 20lb.

Fadzli yang mahu merakamkan aksi saya bertarung dengan GT saya arahkan untuk melontarkan poppernya, juga terus mendapat sambaran. Boleh tahanlah, beliau melawan GT 2kg dengan set casting BC Silvermax + Rod Ultracast + 20lb braided.

Kedua-dua GT yang ditewaskan dalam pertarungan serentak. Pengalaman yang sukar diulangi pada masa akan datang.

Serangan GT hanya berlaku dalam tempoh yang singkat. Setelah menunggu hampir sejam, tiada lagi tanda-tanda serangan, kami memutuskan untuk menuju ke sungai kecil untuk acara casting. Memasuki kuala sungai kecil, ulu-ulu berhamburan di serang pemangsa. Dua kali strike, hanya seekor titir yang berjaya dinaikkan. Seterusnya kami masuk ke dalam sungai..


Fadzli dengan kerapu bintiknya. Beliau terlepas tarikan ikan yang agak bagak apabila pemangsa berjaya melarikan gewangnya ke bangkar..

Kerapu bintik di tempat yang sama di mana saya menaikkan kerapu bintik pada kunjungan sebelumnya.

Jam 12 tengahari kami menuju ke Sungai Merintaman. Keadaan air agak keruh, tetapi acara casting tetap diteruskan. Di sini saya mendapat sambaran kasar. Drag Revo Elit yang ketat, dan mungkin tali braided cedera menyebabkan tali braided meletup dan pemangsa yang disyaki sama ungah atau selunsung berjaya melepaskan diri.

Bedukang yang menyambar Rapala Goldfish, membuatkan Fadzli kelam kabut..

Hasil keseluruhan hari tu.. Syukur Alhamdulillah, memang rezeki kami dipertemukan dengan serangan GT.

Sunday, February 27, 2011

Trip Orang Baru ke Bintuka

Bergambar sebelum turun beraksi..

Trip 19/2/2011 merupakan trip ihsan saya melayan kawan-kawan yang buat pertama kalinya turun ke Bintuka. Membawa kawan-kawan dari Staff UMS dan Hospital Mesra yang telah beberapa kali meminta saya membawa mereka turun ke Bintuka. Trip kali ni saya mensasarkan Sg. Balingkatak untuk memudahkan pergerakan dengan teknik pancingan bottom dan casting.

Ikan pertama yang dinaikkan, pari oleh Bro Ady dilubuk yang pertama..

Setelah kunjungan ke beberapa lubuk kurang berhasil, akhirnya saya membawa mereka ke lubuk berpotensi yang telah lama saya tidak kunjungi semenjak mencuba teknik casting. Tidak menunggu lama, pada balingan pertama sudah mendapat layanan baby tetanda. Dan seterusnya beberapa ekor ikan lagi berjaya kami naikkan di sini. Bro Jeib juga berjaya memecahkan kilarnya di sini..


Ikan kerapu hitam oleh Bro Ady,merupakan ikan terbesar trip kali. Seronok melihat kawan-kawan mendapat layanan ikan-ikan Bintuka..

Sementara berpindah lubuk, saya mengambil kesempatan untuk casting..


Melawat kembali bangkar yang telah menyebabkan Bro Jeib terkena karan di sebelah pagi. Lontaran gewang tepat ke hujung bangkar disambar dan dilarikan pemangsa, yang disyaki MJ. Tapi sayang, disebabkan drag yang agak longgar, pemangsa terlepas..

Hasil keseluruhan.. syukurlah, tercapai juga hajat menaikkan ikan Bintuka..

Apapun, syukurlah trip ini telah selamat dijalankan dan dapat memenuhi permintaan kawan-kawan yang telah lama berhajat ke Bintuka. Trip ke Bintuka sememangnya memerlukan komitmen yang tinggi kerana jaraknya yang agak jauh. Dengan perjalanan seawal jam 4 pagi dan kembali ke rumah jam 8 malam, hanya pemancing yang tegar saja yang sanggup melaluinya..



Saturday, February 19, 2011

Trip Mengejut Ke Bintuka

Trip mengejut ke Bintuka pada 13.02.2011 adalah untuk memenuhi jemputan Bro Fadzli yang mahu saya turun bersama-sama mereka sehari sebelum trip ni berlangsung. Turun 3 buah bot; No. 6, 13 dan 14. Saya dan fadzli dengan aksi casting, sementara 2 bot yang lain dengan acara bottom..

Ikan pertama, kerapu hitam..

Selepas Fadzli strike, giliran saya pula strike titir di lubuk yang sama..

Kehabisan minyak, lebihkurang 300m jak lagi dari jeti..

Hasil casting saya dan Bro Fadzli..

Patutlah lambat.. Bot No. 12 terpaksa di tunda ke jeti kerana mengalami kerosakan..

Hasil bottom Bot. No. 12. Hasil bot sebuah lagi tidak dapat digambar bagi menghormati permintaan tuannya..

Sykurlah trip mengejut ini berjaya dijalankan.. Aapapun, terima kasih kepada Bro Fadzli yang menaja trip saya ke Bintuka kali..

Monday, February 7, 2011

Trip Cuti Tahun Baru Cina

Bro Faudzi terpaksa mengangkat enjin simpanan 6hp untuk dipasangkan ke bot no. 1.

TRIP 3/2/2011 - Casting di Bintuka

Entah di mana silapnya, bot yang saya booking bertindih dengan seorang lagi penyewa dari Papar yang juga bernama Din. Terpaksa beralah, dengan mengambil sebuah bot dan terpaksalah mencari sebuah bot lagi. Mujurlah ada enjin spare yang dipadankan dengan bot no. 1 yang enjinnya mengalami kerosakan. Apapun, asal dapat turun.. Layannn......

Saya dengan kerapu hitam..


Bro Fadzli dengan titirnya..

Bro Faizal bergaya dengan MJ bagaknya..

Hasil bot no. 2; Dinn & Fadzli

Hasil bot No. 1; Bro Faizal & Faudzi

TRIP 5/2/2011 - Popping di Jeti SFI

Turun bersendirian ke Jeti SFI untuk pertama kalinya untuk mencuba nasib popping dan casting secara landbase. Sesampai di sana, sudah ada 3 orang caster yang bertalu-talu menghumbankan gewang mereka. Sempat berkenalan, mereka datang dari Beaufort.

Pemandangan di Jeti SFI. Hasil, kumpau..

TRIP 6/2/2011 - Casting di Sungai Kecil

Setelah beberapa bulan tidak melawat sungai kecil yang agak berpotensi suatu ketika dulu, akhirnya saya turun bersama Fadzli. Turun dalam keadaan hujan dan ditambah lagi hujan lebat pada malamnya, memang saya tidak menjangkakan apa-apa. Casting di dalam sungai sangatlah sunyi tanpa sebarang getuan dan sentapan. Hanya apabila keluar dari mulut sungai, dan ada bangkar yang hanyut, di situlah seekor kerapu yang sudi menyambar...

Kerapu bintik, hasil casting di Sungai Kecil

Saturday, January 15, 2011

Lesen MJ dalam Hujan

Lesen MJ Pertama 2011. Strike lebihkurang jam 2 petang, menjadi penyelamat kumpau.


Trip 15.01.2011 ke Bintuka saya turun berempat bersama Faizal, Faudzi dan Hardy. Trip yang dirancang sejak dua minggu lepas, agak kurang berjaya. Kepada rakan-rakan komplot, diharap jangan jerak untuk turun lagi ke Bintuka. Trip seterusnya, kita serang tempat lain lagi..

Sunday, January 2, 2011

Bangkuduan - Trip Casting Pembukaan 2011

Double hook up..

Memanfaatkan cuti hujung minggu di Sipitang, saya mengatur trip untuk ke Casting di Sungai Bangkuduan dengan menaiki bot terus dari Sipitang. Bersama saya, Fadzli yang baru saja berjinak-jinak dengan teknik Casting. Layan...

Fadzli dengan kerapunya yang menyambar TDD Hot Tiger..

Dan saya, dengan kerapu yang menelan TDD Goldfish..

Hasil keseluruhan casting jam 8 pagi sampai 12 tengahari; 4 ekor kerapu hitam..