Sunday, July 15, 2012

TRIP KE MABUL - KAPALAI SAMBIL MANCING

Trip bersama KEMBARA PULAU seterusnya adalah trip ke Pulau Mabul - Kapalai bersama Geng Engineer JPM&R dan Kaki Pancing Joran Terusan Group. Trip terlaksana pada 7-8 / 7/2012.

  
 Dalam perjalanan ke Pulau Mabul.

 
Sampai di Homestay Arung Hayat. Di sini tempat menginapnya ahli rombongan yang tidak memancing dan juga tempat kami makan malam, sarapan dan berehat.

 
 Sempat berjalan-jalan di sekitar Pulau Mabul sambil menikmati sunset.

Memancing di perairan Kapalai. Ahli trip yang mengantuk dan penat tidur sudah.

Gafur dengan ketambaknya..

 Jackpot last minute.. Ikan putih terperdaya dengan umpan hirisan tulai.

 Hasil keseluruhan memancing dari jam 9 malam hingga jam 5 pagi.

 Aktiviti selepas mancing; Snorkelling di Pulau Mabul.
 Naik ke Kapalai Resort.


 
 Bersantai di Kapalai Resort. 

Syukur, trip ini berjalan dengan lancar walaupun dirancang pada saat akhir. Apa yang penting trip selamat pergi dan kembali.. Jumpa lagi di trip akan datang.. Sek




Tuesday, May 1, 2012

Trip Memancing - Snorkelling di Mabul - Kapalai..

 Kesempatan outstaion ke Tawau beselang dengan Cuti Hari Pekerja dimanfaatkan sebaiknya dengan mengatur trip memancing bersama Bot Kembara Pulau. Trip disertai oleh 6 orang kaki pancing termasuk tekong bot dan pengurus Kembara Pulau. Lokasi sasaran trip kali ini ialah sekitar Pulau Mabul dan Kapalai.

 
 Bergerak dari Jeti Tampi-tampi selepas Bro David Ling sampai yang akhirnya dapat menyertai trip ini selepas program mereka malam ini dibatalkan disebabkan oleh gangguan elektrik ke seluruh Sabah.





 Bot Kembara Pulau, dipacu oleh Enjin Yamaha 40hp 2 biji, perjalanan ke Pulau Mabul memakan masa 45 minit.

Set memancing yang saya gunakan. Shimano Navi PG 8000 + Joran Lemax 20 - 50lb dan Shimano Stradic C4 + Joran Ajiking Yellow Tail PE 0.8 - 2.

Sampai di lokasi memancing dalam jam 7 malam. Masa untuk memancing..

 Sempat lagi snorkelling di Kapalai awal pagi. Berenang bersama ikan..

Bro David Ling dengan double hook di awal pagi. Merah Bro..

Double hook dr Pcik Sharif. Sanggup mengambil cuti dan memandu dari Felda Sahabat 16 untuk menyertai trip ini.

Gambar dengan hasil kesuluruhan..

Gambar hasil keseluruhan.. Walaupun tak penuh tong, tapi bolehlah. yang penting trip terlaksana, selamat pergi dan kembali. Cuba lagi..

Kaki pancing yang kepenatan dan mengantuk, tidur dalam perjalanan pulang.

Akhirnya tercapai juga hajat saya untuk memancing di Mabul - Kapalai. Ekplorasi menerokai lubuk-lubuk berpotensi di Semporna akan diteruskan. Nantikan laporan trip yang akan datang. Sekian..


Saturday, March 17, 2012

Trip Memancing Pertama Bersama Bot KEMBARA PULAU - PULAU SIAMIL, SEMPORNA

Kesempatan balik bercuti ke kampung di Semporna, dimanfaatkan dengan mengatur trip memancing. Berikut adalah butiran trip yang telah berlangsung;
          
            Tarikh: 6 petang 12/3/2012 hingga 7 pagi 13/3/2012
            Lokasi: Pulau Siamil Semporna
            Bilangan Pemancing: 6 orang
            Teknik Pancingan: Bottom berumpankan sotong


 Lokasi Memancing

Pulau Siamil terletak lebihkurang 1 jam setengah perjalanan menaiki bot 25 kaki dipacu oleh 2 buah enjin Yamaha 40hp, terletak di Lautan Celebes.

Trip memancing turut disertai oleh rakan Facebook, Bro David Ling dari Tawau.

Fishfinder yang dipinjam daripada  Bro Din BlackBass Hunter. Kerap menunjukkan kawanan ikan melintasi bawah bot.

Antara hasil membottom, kebanyakannya spesies ikan karang seperti ketambak dan kerapu.

 Sempat mencuba aksi popping di awal pagi.

Tebing pulau yang berbatu dan drop off yang sangat hampir dengan pulau.




Mencuba aksi trolling dalam perjalanan balik


Merenung Pulau Siamil sambil berkira-kira mau mengatur lagi trip susulan pada masa akan datang.
Pulau Siamil dikejauhan. Dengan keadaan laut yang tenang.

Walaupun trip percubaan ini kurang berjaya, saya tetap bersyukur dan berpuashati kerana dapat juga sampai ke Pulau Siamil. Pemandangan sekitanya memang lain dari yang lain. Dengan warna lautya yang biru ungu dan jernih sehingga masih dapat melihat batuan di dasar pada kedalaman 30 meter memang mempesonakan. Trip ini gagal menaikkan spesies sasaran, Monster GT.




Spesies sasaran, GT yang dinaikkan oleh Pakcik saya dalam trip mereka bulan lepas.