Sunday, February 28, 2010

Trip Mancing Ikan & Udang Galah

Terpaksa menolak bot disebabkan air surut, sambil bertanya, "bilalah ada projek tuk mendalamkan alur sungai ni?"


Trip memancing telah diatur pada 28.02.2010 dan disertai oleh empat orang pemancing; saya, Jep, Sufri dan Jefri. Bertolak dari Sipitang jam 7 pagi. Trip memancing telah ditetapkan untuk pagi, memancing ikan di Bangkuduan dan petang, memancing udang galah di Sg. Beaufort.

Aktiviti pertama, kenalah merambat udang untuk umpan dulu.. Setelah lebih sejam merambat udang di kuala Ketiduran sampailah ke kuala Bangkuduan, hanya berjaya mendapat 3 ekor udang jak. Terpaksalah membeli udang mati..

Mempertaruhkan 3 ekor udang hidup, inilah hasilnya..

Ikan putih pertama oleh c Jep..

Ikan putih kedua, 0.7kg. C jep juga yg dpt, tp Sufri mo interprem..

Tiada umpan hidup, terpaksalah trolling. Setengah jam trolling, dan inilah hasilnya. Seekor barracuda seberat 2kg.

Seperti dipersetujui pada mulanya, jam 12.30 tengahari kami pun bergeraklah ke Sg. Beauort tuk memancing udang galah.

Udang galah pertama saya..

Udang galah terbesar, dr Sufri..

Kesimpulannya, trip hari tu macam trip makan angin jak, kata Botmen kami.. Ketiadaan umpan hidup membantutkan aktiviti memancing pada hari itu.. Apapun, boleh cuba lagi..


Saturday, February 13, 2010

Bangkuduan - Trip 1 malam 1 hari

Trip 1 malam 1 hari ni dirancang oleh saya dan Fadzli pada 12hb Februari 2010. Trip ini disertai oleh 8 orang kaki pancing dari Sipitang, menggunakan 3 buah bot. Saya dengan bot yang pertama, bersama Jep selaku boatman cum rambatman dan Jefri selaku anchorman..

Kami bertolak dari Sipitang jam 3.30 petang dan singgah kuala Sg. Beaufort untuk merambat udang sebagai umpan. Ada jugalah dapat dalam 100 ekor udang saiz sederhana. Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Bangkuduan. Kami tiba di lokasi memancing lebih kurang jam 6 petang.

Di situ kami menaikkan 2 ekor sembilang, memecahkan darah reel Shimano Navi ku. Lebihkurang jam 8 malam, kami ke Maidin untuk berjumpa dengan dua lagi bot yang memilih untuk memancing di Balingkatak. Hanya seekor tetanda saiz kecil yg kami dapat di sana. Jam 10 malam, ketika air mula bergerak surut kami berpindah semula ke Bangkuduan.. Di sana saya dpt menaikkan seekor lagi tetanda bersaiz lebihkurang setengah kilo.

Lebihkurang jam 12 malam, arus air surut agak deras dan menyukarkan aktiviti memancing. Kami berlabuh di tengah sungai, melabuhkan pancing dan tidur-tidur ayam. Ketika arus deras tu, kami hanya mendapat 2 ekor tuka-tuka bersaiz kecil. Jep dan Jefri tidur, sementara saya tidak dapat tidur disebabkan bunyi bising pam oksigen dan juga risaukan bot yang dihanyutkan oleh arus deras. Arus deras tu berhenti pada jam 3 pagi.

Kami meneruskan aktiviti memancing, tetapi tiada sebarang sambaran. Seterusnya kami memilih untuk menyambung tidur. Seawal jam 4 pagi, kuala Bangkuduan mulai riuh dengan kehadiran bot-bot pukat.

Jam 6 pagi, ketika air sangat surut, kami merambat udang sebagai umpan tetapi tidak berhasil. Jadi terpaksalah kami berumpankan udang kupas. Pagi tu, kami hanya berjaya menaikkan seekor ikan putih, beberapa ekor tetanda bersaiz kecil, dan seekor ketam bakau. Dengan mengcasting, saya hanya dpt seekor ikan sumpit-sumpit.

Air bergerak pasang awal pagi tu, tetapi sangat perlahan, Ikan tidak galak makan, ditambah lagi dengan umpan yang tidak menyelerakan. Kami pun memanfaatkan rambat yang kami bawa tuk merambat ikan dibawa balik. Banyak jugalah dapat kerapu batang. Kami juga memasang 4 buah bintur, dan berhasil dengan 3 ekor ketam bakau.

Jam 12 tengahari, kami bergerak menghala ke Sipitang dan merambat lagi udang sebagai umpan. Baru dapat udang yang sesuai dan banyak. Kami singgah di Ketiduran untuk menyambung aktiviti memancing, tetapi tiada sambaran. Jam 2 kami bergerak ke takat berhampiran kuala Weston, juga tidak berhasil. Disebabkan angin yang semakin kuat, laut yang sedikit berombak, jam 3 petang kami bergerak balik ke Sipitang. Sampai di jetty, lebih kurang jam 4 petang.

Sebagai kesimpulan, trip kali ni kurang berhasil. Jangkaan ikan galak makan pada waktu malam dan air bergerak surut meleset. Tapi, biasalah.. sudah namanya memancing, bukan selalunya dapat hasil yang banyak..

Sunday, February 7, 2010

Bangkuduan - Trip Hampir Kumpau

Trip kali ni saya bersama Fadzli dan Botmen(Bro Lasak), bertolak dari Sipitang lebihkurang jam 7.30 pagi. Kami singgah di Laut Kuala Weston untuk mendapatkan umpan udang hidup yang diminta daripada kapal pukat tunda udang yang menunda udang di kawasan tersebut. Dapat umpan udang free, memang baik hati nelayan di sana.. Terima kasih..

Ni dia hasil memancing dari jam 11 pagi sampai jam 5 petang di Bangkuduan. Pujian diberikan kepada Fadzli yang banyak menaikkan ikan pada hari tu. Saya dan Botmen (Bro Lasak) hampir kumpau hari tu.. Memang kurang bernasib baik hari tu..

Dari pagi tu, ikan tidak berapa makan.. Hanya pada jam 4 petang, ketika air bergerak surut barulah ikan galak. Tapi, masa tu umpan udang hidup mo habis sudah. Sabar jaklah. Tepat jam 5.30 petang kami bergerak balik ke Sipitang, menempuh ombak dan sampai ke Sipitang lebihkurang jam 6.30 petang..

Perancangan trip seterusnya pada hari jumaat ni (12.02.2010) , bertolak jam 3.00 petang dari Sipitang, bermalam dan balik pada keesokan harinya..

Wednesday, February 3, 2010

SEMPORNA - CASTING & POPPING DI SANGKAR IKAN

Ini dia Sangkar Ikan yang diusahakan oleh Pcik Jaihanu, di Kg. Terusan Tengah.. Tempat di mana saya mencuba teknik casting dan popping. Mulanya saya casting di jetty ni, tapi tidak berhasil. Akhirnya, pak cik offer saya try sangkar ikannya pula.. hehehe..

Pondok menghala ke laut ini sesuai untuk bersantai. Masa saya casting, my wife tunggu di sinilah..

Lontaran casting yang pertama.. terus strike ikan putih, lebih kurang 1kg.. ganas ikan dalam sangkar ni..

Saya cuba, popper pula.. terus di sambar.. Ini di sangkar ikan putih kelas 2 (skala ikan 200gm - 1kg)

Kemudian popping di sangkar ikan kelas 1 (skala ikan 1kg ke atas).

Casting di Sangkar Ikan kelas 1.. Ikan putih. Aga juga ikan kerapu yang saya dapat, tapi lupa ambil gambarlah..

Dan ini, ikan-ikan yang saya dapat (sebahagiannya lepaskan balik) dan lobster yang pakcik bagi.. Terima kasih..

Menikmati pemandangan sunset sementara menunggu bot datang mengambil kami balik..


Lihat macammana ikan putih menyambar popper..

Monday, February 1, 2010

SEMPORNA - TRIP CARI LAUK KENDURI

Kesempatan balik kampung untuk menghadiri kenduri dimanfaatkan sepenuhnya. Satu trip memancing telah di atur oleh saya dan Pakcik Sharif pada 30hb Januari 2010. Trip setengah hari dan satu malam.. Bertolak jam 10 pagi dan balik pada keesokan subuhnya. Trip ini disertai oleh enam orang pemancing. Lokasi memancing adalah takat-takat di antara Pulau Bum-Bum dan Pulau Mabul.. Selain tuk melepaskan gian memancing, trip ini juga adalah untuk mencari lauk untuk kenduri..

Dalam perjalanan ke lokasi memancing..

Umpan pumpun yang disediakan..

Jamal sedang menyediakan hirisan sotong sebagai umpan.

Pulau Mabul kelihatan sayup-sayup dari pandangan. Tekong cakap, kalau bukan sebab angin agak kuat haritu, dia mo bawa kami memancing di takat berdekatan Pulau Mabul. Lain kalilah..


Sebahagian hasil saya dan tekong di lokasi pertama, Takat Lima..

Jamal dengan ikan jebongnya, pakai handline jak..

Saya dengan kerisi, sebelum malam menjelma.. Tiada sesi bergambar pada waktu malam sebab camera phone tiada flash..

Malam tu angin bertiup agak kencang, menyebabkan laut sedikit berombak. Kami berehat sebentar di sebuah kapal nelayan dari kampung kami yang kebetulan berada di situ. Selepas menikmati makan malam, sotong rebus kami meneruskan aktiviti memancing di Takat Potek (Putih).. Malam tu ikan tidak berapa galak makan. Jam 2 pagi saya berhenti memancing dan tidur, hanya beberapa orang saja lagi yang memancing. Jam 4 pagi kami pun bertolak balik..

Sampai di rumah dalam jam 6 pagi..

Inilah hasil kami memancing.. Memang tidak memberangsangkan. Tapi, bolehlah tuk buat lauk kenduri. Syukur apa yang ada.

Lokasi memancing yang kami kunjungi adalah takat terbaik tekong kami, Pakcik Junaidi yang merupakan nelayan pancing. Disebabkan beberapa faktor hasil kami kurang menggalakkan;
1. Takat ini selalu dicerobohi oleh nelayan menggunakan bom ikan.. Sebab itulah, saya rasa ikan-ikan kecil jak yang tinggal di sana.. Inilah masalah di Semporna, aktiviti membom ikan yang tidak dapat dibendung..
2. Air agak sejuk malam tu, menyebabkan ikan kurang agresif.
3. Angin yang bertiup dan ombak agak menyukarkan aktiviti memancing.

Apapun, insya Allah satu lagi trip akan di rancang pada awal Mei 2010 nanti di Semporna. Ni kali saya mo bawa dorang ke takat berhampiran Mabul pula..