Sunday, December 27, 2009

Bintuka - Trip Penutup 2009

Ini merupakan trip penutupku ke Bintuka untuk tahun 2009. Trip kali ni saya pergi bersama geng dari Site SMK Sindumin; Ah Kai dan Wahab. Mulanya saya tidak mau menyertai trip ini, tetapi memandangkan Boatman tu tidak pernah ke Bintuka, Ah Kai pun baru sekali dan tidak tahu jalan, dorang mau juga saya ikut.. So, pigi sajalah..

Trip kali ni, trip 4 dalam 1; bottom, casting, merambat dan trolling.. Layan....

Kami terus ke lubuk wajib kami yang kedua, di Maidin aka Mata Belanak. Ni ikan pertama yang saya naikkan hari tu, ikan putih skala ngam-ngam 1kg.. Selepas ragutan kasar yang pertama rabut (ikatan mata kail terlucut, kena berguru mengikat lagi ni). Mungkin spesies ni jugalah..

Kerana ketiadaan umpan udang hidup (ada sotong jak, tetapi ikan ndak mo sentuh pun), sambil mencari tempat merambat udang. Saya pun, mengcasting..
Ni hasil casting saya yang pertama.. (selepas Buntal bawah Jambatan Sg. Benoni). Syiok juga rupanya casting klu dapat strike..

Dalam pencarian lubuk merambat, kami sampai ke kuala ni.. dekat Bangkuduan, selepas Barabak..
Macam menarik tempat ni, sungainya kecil, banyak reba pula tu.. Menurut c Wahab, tempat ni dorang selalu merambat (menaiki bot terus dr Sipitang).. Dorang pernah dapat lebih 80 ekor ikan merah dalam satu malam..

Wahab sedang merambat udang tuk umpan.. Ada juga kerapu batang yang terambat..


Inilah umpan udang hidup kami..

Selepas merambat di Bangkuduan, kami kembali ke Maidin.. Pergi ke lubuk wajib, Lubuk Kerapu Batang. Dapat naikkan 3 ekor jak kerapu batang. Kemudian kami kembali ke lubuk yang dapat ikan putih tadi.. Di sini Wahab mendapat ragutan kasar.. Setelah lebih kurang 5 minit bertarung, akhirnya rabut (perambut putus dekat mata kail)..

Ikan pari 3.5kg daripada Ah Kai.. Hasil bottom pertama beliau di Bintuka.. Takut sudah dia kumpau hari tu..


Dalam perjalanan balik ke jetty.. Ah Kai, trolling dengan penuh bergaya.

Ni ikan terakhir yang dinaikkan hari tu.. Barracuda, hasil trolling C Ah Kai.

Dah siap trip mancing, saya atur pula trip makan malam di rumah. Jemput ahli-ahli trip yang sama-sama berpanas dan berhujan tuk naikkan ikan-ikan ni..
Terima kasih tuk isteri saya yang berhempas pulas masak hidangan makan malam ni. Semua dia yang masak, kecuali pari tu, saya yang bakar.. Isteri saya cakap, "rasa berbaloi memasak kalau makanan yang dihidang licin habis dimakan"..


video

Tuesday, December 22, 2009

Bintuka Lagi...

Setelah reda dari kesibukan berhari raya dan rumah terbuka, trip ke Bintuka akhirnya di atur pada 12 October 2009. Trip kali ini bersama rakan sekampung; Jepp, Sufry dan Jefry..


Di lubuk wajib kami, Lubuk Kerapu Batang..

Kerapu siapa ni? Dua mata kail yang mengena.. Ini Jeffry (kaki pancing dan juga pemburu ni). Keja di Pej. Daerah Sipitang..

Sessi bergambar dengan kerapu.. Hitam jak.. Yang bawa bot tu Jepp (Biras ku) dan di sebelahnya tu Suffry (keja di LIGS Sipitang)..

Kerapu batang yang kami perolehi hari tu..

Dalam perjalanan balik ke jetty, kami singgah merambat.. 2,3 kali buang tu dapat udang. Dan yang terakhir, terambat anak buaya pula dah.. Kelam-kabut kami balik. Sayang, rosak rambat tu..


Trip Raya Haji (28 Nov 2009)


C Jepp dengan garut-garutnya.. Ikan pertama yang kami dapat pada hari tu..

Dan ini, merah aka tetanda yang saya dapat.. Kira rekod peribadi jugalah ni..

Hasil yang lain tu macam biasalah.. kerapu batang, sembilang, pari dll.. tak sempat ambil gambar. hehe..

Kami masih lagi tercari-cari di mana lubuk ikan putih ni.. Kalau ada sesiapa yang tau, marilah kongsikan.

Sunday, December 20, 2009

Trip Pertama ke Bintuka


Setelah beberapa kali di ajak ke Bintuka oleh Jepp (Birasku), aku tidak berkesempatan.. Akhirnya, pada 9.8.2009 merupakan trip pertama ku ke Bintuka, bersama dengan kawan sekampung; Jepp, Jefry, Sufry dan Ahim. Trip pertama tidak berapa menjadi, maklumlah, belum tau lubuk lagi.. jalan keluar ke muara dan balik ke jeti hj. kumit pun masih tercari-cari..

Setelah tidak berpuashati dengan trip pertama, satu lagi trip di atur bersama Jepp dan Ah Kai (kawan dr Site Smk Sindumin) pada 16.08.2009. Trip kali ni, Ah Kai mo mencuba teknik trolling, jadi saya pun belajar jugalah..

Alu-alu ni merupakan hasil pertama ku trolling.. dan juga hasil tunggal kami trolling pada hari tu..

Setelah tidak berhasil dengan trolling, kami pun membottom lah.. hari tu, kami terjumpa Lubuk Kerapu Batang.. Kalau ke kuala, mesti kami menyinggah di Lubuk ni. dan tidak pernah menghampakan.. kadang-kadang ada juga spesies lain yang kami dapat di sini, antaranya tetanda, pari, dan ungah..

Kerapu pertamaku hari tu..


Ni antara hasil yang kami perolehi pada trip 16.08.2009 tu..


Trip ketigaku ke Bintuka, pada 31.08.2009. Hari Merdeka dan Puasa.. Seksa memancing time puasa ni. Rasa menyesal pun ada. Nasib baiklah, hari tu aku dapat ikan pari seberat 5kg.. Dan ini merupakan rekod peribadiku yang pertama, ikan terbesar.. hehe.. Dapat di Lubuk kerapu tu juga..

Terus 3 trip dalam masa satu bulan.. kira dah jatuh cinta ngan Bintuka sudah ni. Bukannya apa, sg. bintuka ni, kira menarik jugalah tuk kaki pancing yang baru berjinak-jinak dengan dunia memancing ni, seperti aku ni;
1. Kos trip yang berpatutan.. Lebih kurang RM 120 - RM 150, bahagi dengan ahli trip.. Bolehlah RM 30 - RM 40 seorang.
2. Jarak yang, bolehlah.. lebih kurang 80 km dari Sipitang, lebih kurang sejam memandu..
3. Bebas daripada mabuk laut..
4. Hasilnya boleh tahan, cuma kena rajinlah mencari lubuk..

Lepas ni, ada lagi trip ke Bintuka.. nantikan..

Wednesday, December 16, 2009

Kampung Halamanku - SEMPORNA

Pulau-pulau di Semporna. Saya berasal dari Pulau Bum-Bum. Banyak tempat dan takat untuk memancing..

Memancing di Tongkehe.. masa kecil-kecil dulu, bapa saya selalu bawa memancing pg sini. dulu berdayung hampir sejam tuk sampai, sekarang naik botlah..

Ni Pakcik Sharif, kaki pancing di Felda Sahabat 16. Asal balik kampung, mesti cari kesempatan tuk memancing..

Ni adikku, menyelam tangkap lobster ni..
Ni adikkua juga, memancing ikan putih di dalam sangkar..

ikan putih yg sedang menikmati makan malam ...

Ikan putih yang dipelihara dalam sangkar oleh Pakcik ku di Kg. Terusan Tengah..


Rumah dan sangkar ternakan ikan Pakcik Jaihanu.. Macam-macam ikan ada. Ikan putih, kerapu.. Lobster pun ada..


Bot warna putih itulah yang selalu kami bawa pg mancing klu balik kampung.. yang berbaju merah itulah tekongnya..


Jeti inilah tempat kami selalu mandi-manda dulu.. Laut ini jugalah tempat kami selalu memancing, menyandat sotong, mencari ketam masa kanak-kanak dulu..