Sunday, November 28, 2010

GT 2.5kg ; Lesen Popping Pertama

Pemandangan awal pagi di jeti, nelayan memukat bilis (pusuh)..

Harini saya turun bersama rakan sekampung, Sufry. Lokasi sasaran harini jeti dengan teknik pancingan Popping dan Bottom berumpankan bilis. Sambil membottom saya mempopping dengan mensasarkan kocakan ulu-ulu yang diserang pemangsa.

Setelah beberapa balingan dibuat ke arah tiang jetty, Popper Hinomiya hijau berjaya menarik perhatian pemangsa. Setelah tiga kali menghentam popper dan ketika popper menghampiri bot, barulah hock up dan perlawanan bermula.. Dengan pecutan padu menghala ke bawah jeti.. Mujurlah set reel Shimano Catana 4000 dan rod Lemax Platinum yang telah lama direhatkan dapat beraksi dengan baik..

Pose sekali lagi dengan GT 2.5kg.. Menjadi rekod peribadi sebagai Ikan yang pertama dinaikkan secara Popping dan GT terbesar setakat ini .

Sunday, November 21, 2010

MJ jak ni kali..

MJ lagi..

Trip kalini saya turun bersama Fadzli. Menunggu air bergerak pasang, kami singgah di sg X dgn mensasarkan tembok batu. Hasilnya hanya seekor MJ. Layan.

Selepas itu, kami berpindah ke sg kecil, dengan harapan bertemu lagi dgn tarikan kasar yang mengecewakan saya pada 2 hari lepas. Namun keadaannya agak sunyi. Tiada tanda-tanda ikan menghentam ulu-ulu seperti 2 hari lepas..

Selepas tiada sambutan di sana, kami berpindah ke sg merintaman. Casting demi casting, tiada sambaran. Dalam perjalanan balik, trolling.. Dan inilah mangsanya.. Sebelumni saya ndak berapa percaya spesies ni menghentam gewang.

Thursday, November 18, 2010

Explorasi Kuala Mengalung

Anak sungai yang pertama. Airnya agak keruh disebabkan oleh hujan yang berterusan. Menyusuri masuk sungai ini mengingatkan saya kepada Lubuk Selunsung 'Ladang' di hulu Bintuka. Keadaan tebingnya agak sama. Mungkin ada selunsung sungai tu..

Anak sungai yang kedua, airnya agak kehitaman tidak dipengaruhi oleh air laut yang agak keruh. Sungai ni bercabang dua di kualanya. Cabang yang ini agak panjang. Ada 3 buah rumah persinggahan pemukat, yang beroperasi menuai ikan di sungai ini. Selain, keadaan air yang kurang sesuai, mungkin ini juga sebabnya kenapa tiada sambutan di sungai ini.

Mujurlah, ada sungai kecil merintaman yang menjadi penyelamat kumpau. Itupun hanya sambutan daripada ikan saiz kecil..

Baby MJ dgn Killer lure Rapala Minnow Rap Hot Tiger

Kerapu bintik, mangsa pertama gewang Tilsan Barra.

Saturday, November 13, 2010

Pertama Kali ke Lubuk Tg Aru

Lesen Kerapu Tanjung Aru

Pagi tadi saya menyertai Hardy untuk casting di Tanjung Aru. Ini merupakan kunjungan pertama kali saya ke sini.. Memulakan acara casting dari jam 7 - 9 pagi. Satu gewang killer saya, Rapala Hot Tiger Tail Dancer menjadi tukun di sini.. hmm, zakat kata Bro Hisham.



Kerapu masak merah tuk makan tengahari. Kredit tuk isteri saya yang menyediakan hidangan ini.

Wednesday, November 10, 2010

Trip Casting Pertama - 3 Julai 2010


Ini adalah gambar-gambar daripada trip casting yang pertama.. menyertai Bintuka Casting Battle, Geng-geng Kaki Pancing dot Net yang telah diadakan di Sg Bintuka pada 3 Julai 2010. Gambar-gambar ini telah di simpan bagi memberi laluan ianya diterbitkan terlebih dahulu di majalah pancing.. Akhirnya, ianya telahpun di terbitkan dalam majalah Kembara Kail keluaran November 2010.

Selunsung 2.2kg, lesen selunsung saya yang pertama. Hock up pada sambaran kali yang kedua. Ketar-ketar dibuatnya..


Kerapu hitam yang menyambar pada karauan pertama dan membawa gewang ke akar bakau. Nasib baik bro hisham berjaya memujuknya keluar..

Ungah terbesar trip tersebut. Dinaikkan oleh bro Hisham di masa kecederaan.

Sumpit-sumpit pun jadilah.. boleh juga menambah berat timbangan..

Geng Kaki pancing dot Net yang turun beraksi haritu..