Friday, May 28, 2010

Lagi Malam di Kapal Berlabuh

Merambat udang untuk umpan.

Trip malam di kapal berlabuh kali ni, berlaku secara tiba-tiba. Jam 9.30 malam Fadzli menghubungi saya dan mengajak saya ke kapal berlabuh malam tu juga. Apalagi, memandangkan minggu lepas tidak turun beraksi, saya terus menyahut pelawaan tersebut. Jam 11 malam kami bertolak dari Kg. Menengah Sipitang. Merambat udang umpan di laut Kg. Pelakat, banya udang-udang bersaiz kecil jak kami perolehi. Jam 12.30 malam, kami pun bergerak ke kapal berlabuh..



Fadzli & Boatmen.. Pose bergaya dengan jenahak..

Antara jenahak yang kami naikkan pada malam tu. Paling besar 1.3 kg.. Bolehlah memuaskan hati c Fadzli.
Lesen gerunggung..

Lesen gerunggung yang tidak disangka-sangka. Ketika memancing apollo untuk mendapatkan ikan temenung untuk umpan, saya mendapat ikan gerunggung ni. Tapi, sayangnya ada seekor yang dapat.

Hasil keseluruhan..

Inilah hasil keseluruhan kami memancing malam di kapal berlabuh. Hasilnya memang boleh tahanlah. Semua ahli trip pun dapat merasa tarikan jenahak. Saya dapat 4 ekor, Boatmen 4 ekor dan Fadzli 3 ekor. Yang paling puas hati, Fadzlilah. Jenahak terbesar dan kedua terbesar dinaikkan oleh beliau dalam selang masa lebih kurang 10 minit.. Lepas ni, rehat dululah dari kapal berlabuh.

Saturday, May 15, 2010

Malam di Kapal Berlabuh

Hasil jam 2 - 6 pagi di Kapal Berlabuh

Trip kali ini saya bersama Fadzli dan kawan dia yang ada bot dari bertolak dari Kg. Pelakat Sipitang jam 11.00 malam. Menunggu umpan udang hidup dari nelayan yang memukat di sekitar perairan Sipitang. Destinasi pertama kali ialah Lawa-lawa Papan. Kegelapan malam dan kurang pengalaman malam di laut menyebabkan kami tidak menemui lawa-lawa tersebut sehingga kami tersasar terus ke kawasan kapal-kapal berlabuh.

Angin bertiup pada malam tu menyebabkan laut sedikit berombak turut menyukarkan pergerakan kami. Setelah 3 kali tersilap tuju kapal, akhirnya kami berjumpa kapal yang dicari sekitar jam 2 pagi dan memulakan acara memancing dalam keadaan berombak. Hasilnya, hanya 4 ekor jenahak skala 0.5 - 1kg dinaikkan.


Fadzli, boatman kedua mencari kapal lain yang berpotensi.

Jam 6 pagi, apabila keadaan mula terang, ombak pun beransur perlahan. Kami mencari lagi manatau ada lagi kapal-kapal lain yang menjadi lubuk ikan merah. Lebih daripada 5 buah kapal yang kami cuba, tetapi tiada jawapan diterima. Sambil mencari kapal, kami juga trolling. Terlihat juga beberapa ekor tenggiri yang berlompatan di sekitar, tetapi tiada yang sudi menyambar gewang yang ditunda.

Tuan punya bot, berlatar belakangkan antara kapal yang dicuba dan Pulau Labuan.

Pencarian kami sampai ke kapal-kapal berlabuh di berhampiran Pulau Daat dan Labuan. Akhirnya, kami balik semula ke kapal berlabuh yang kami duga pada malamnya.

Hasil keseluruhan.. Hanya mendapat 1 ekor ikan merah pada siangnya.

Alhamdulillah, setelah hampa pada trip yang minggu lepas, kali ni merasa juga tarikan jenahak dan ikan merah. Dan yang lebih manis, 4 ekor daripada hasil keseluruhan dinaikkan oleh saya. Walaubagaimanpun, lepas ni kena mencari lubuk lain lagilah. Macam kurang berhasil sudah di kapal ni..

Sunday, May 9, 2010

Trip Hampa di Kapal Berlabuh

Pose Hampa.. Gambar diambil dengan kamera baru.. Hehe..

Trip seterusnya ke Kapal Berlabuh pada 9.05.2010, saya bersama Sufry dan Jefry. Trip kali ni memang menghampakan. Kami mula memancing di kapal berlabuh ni seawal jam 5 pagi. Mulanya berumpankan sotong dan anak ikan temanung yang dibeli di pasar, tetapi tiada sambaran.

Hari mulai terang, kami pun memancing anak ikan temenung di bahagian belakang kapal ni juga. Dapat saja anak ikan temanung, Sufry menghulurkan pancingnya.. Tanpa menunggu lama beliau mendapat sambaran dan tarikan padu. Ikan memenangi pertarungan dengan berjaya melarikan tangsi ke bilah kipas kapal... putus..

Seterusnya, berpindah ke sauh kapal. Sekali lagi Sufry, sebagai orang pertama yang menurunkan pancing terus mendapat tarikan kasar. Sufry mengetatkan drag kekilinya supaya ikan tidak dapat melarikan tangsinya ke sauh kapal, tetapi malangnya.. putus lagi..

Kemudian giliran Jefry pula mendapat sambaran. Beliau hanya menggunakan handline 30lb, kerana kekilinya hanya diisi dengan tangsi biasa 20lb. Takut putus kunun.. Tetapi putus juga akhirnya.

Setelah 3 kali putus, tiada lagi sambaran yang diterima. Kami berpindah ke Kuala Bangkuduan. Sejam di Kuala Bangkuduan, hanya seekor anak ikan putih dan tetanda kami dapat. Jam 9 pagi, kami bergerak semula ke kapal berlabuh. Ada 2 buah bot pemancing sudah mengikat disauhnya. terpaksa kami mengalah dan memancing di belakang kapal sahaja. 2 bot itupun tidak mendapat sambaran. Jam 11pg kami berpindah ke sauh kapal setelah 2 bot tadi beredar. Kami menunggu di sana sampai jam 12 tengahari. Air pun tidak bergerak sudah..

Sufry dan Jefry yang pertama kali memancing kapal berlabuh. Memandang rendah kekuatan ikan di sana dengan hanya memakai tali tangsi biasa dan perambut 20-30lb. Putih mata geng..

Ini dia, Kapal berlabuh yang menjadi lubuk ikan merah.. Mungkin ramai pemancing di sekitar yang sudah tahu potensi kapal ini dan menyebabkan tidak banyak lagi ikan yang boleh dipancing di sini.

Walaubagaimanapun, trip kali ini menambahkan lagi keyakinan saya untuk membawa bot. Untuk pertama kalinya saya berjaya membawa bot memancing ke kapal berlabuh dan selamat pulang ke jety. Alhamdulillah..

Monday, May 3, 2010

Semporna - Trip Kurang Berjaya

Lokasi Memancing

Kebetulan balik kampung, saya memanfaatkan peluang dengan mengajak pak cik dan juga sepupu saya untuk turun ke laut, memancing pada 1 Mei 2010. Menaiki dua buah pump boat, dengan empat orang pemancing kami bertolak jam 7 malam dan sampai di lokasi memancing sekitar jam 8 malam.

Acara pertama ialah memancing berumpankan pumpun. Apabila bulan menampakkan diri sekitar jam 10 malam acara diteruskan menyandat sotong untuk dijadikan umpan. Hanya 5 ekor sotong diperolehi, tetatpi cukuplah untuk dijadikan umpan sehingga keesokan paginya..

Lebih kurang jam 12 malam, kami meneruskan acara memancing dengan berlabuh di sekitar Takat Potek. Keadaan laut yang bergelora menghalang kami berlabuh jauh ke tengah laut, tambahan pula saiz bot yang agak kecil. Tidak banyak sambaran dan ragutan kasar diterima. Hanya anak-anak ikan ketambak, ikan merah, pari dan belut yang berjaya di naikkan. Kalau dikira keseluruhannya, mungkin adalah dalam 30 ekor juga..



Hasil terbaik..

Dan inilah hasil terbaik kami pada malam tu.. Dinaikkan oleh pakcik saya sekitar jam 5 pagi. Jam 7 pagi kami pun bertolak balik dalam keadaan mengantuk..

Trip kali ni agak kurang berjaya, insya Allah trip memancing di Semporna yang seterusnya telah dirancang pada 12 Jun 201o, dan lokasi memancing yang akan diduga ialah kawasan sekitar Pulau Si Amil..