Monday, January 4, 2010

Bintuka - Trip Pembukaan 2010

Tuah pemancing baru, Fadzli dengan Kurau 2kg..

Trip pembukaan 2010, pada 3.01.10 disertai oleh Fadzli dan Jep, selaku boatman.. Sampai di jeti Hj. Kumit sebelum jam 6 pagi, tapi lambat dapat bertolak kerana terpaksa beratur mendapatkan umpan hidup di kolam Hj. Kumit..

Bertolak dari jeti jam 7.30 pagi, dan terus memecut ke kuala maidin. masa tu arus deras masa surut. Labuhan kali pertama di tebing, berjaya menghasilkan Kurau 2kg oleh Fadzli, pemancing baru yang serba-serbi pun saya buatkan untuk dia (masukkan tangsi, perambut, ikatan mata kail, control drag).. Memang tuah dia hari tu.. Kena tarik dengan Kurau 2kg, sampai mo surrender dan pass joran dia ngan saya, tapi saya suruh dia teruskan juga perlawanan itu. Dan, akhirnya dia berjaya. ''Sampai terketar-ketar" katanya..

Lepas tu kami berpindah ke lubuk biasa kami.. tapi, hampa.. awal-awal lagi sudah kena pasang pukat.. terpaksalah kami mengalah dan mencari lubuk lain lagi. Lebih kurang jam 9 pagi arus berhenti dan tiada ikan yang sudi menjamah umpan. Jam 10.30 pagi ke berpindah ke lubuk kerapu, tp hasilnya pun tidak memberangsangkan. saya hanya dapat menaikkan 3 ekor kerapu yang bersaiz di bawah 500 gram. Dalam hati berkata, "mungkin ada orang lain yang dah jumpa lubuk ni".. Sabar jaklah..

Jam 12 lebih, kami pergi semula ke Maidin.. Ke lubuk biasa kami, pun tidak berhasil. Berpindah lagi ke tempat kami menaikkan kurau tadi.. Jam 2 lebih, barulah ada ikan yang makan umpan..


Jep dengan ikan putih saiz 1kg.

Jep dengan ikan 1kg (tak tahu nama)..

Kesimpulannya, trip hari tu agak kurang memberangsangkan.. Dahlah awal pagi lagi kena hujan, time pagi tu ikan pula tidak galak makan.. Sebagai perkongsian, daripada pengamatan dan pengalaman saya di Bintuka yang baru setahun jagung ni, ikan di Bintuka ni lebih galak makan masa air surut berbanding dengan air pasang..

No comments:

Post a Comment