Sunday, May 9, 2010

Trip Hampa di Kapal Berlabuh

Pose Hampa.. Gambar diambil dengan kamera baru.. Hehe..

Trip seterusnya ke Kapal Berlabuh pada 9.05.2010, saya bersama Sufry dan Jefry. Trip kali ni memang menghampakan. Kami mula memancing di kapal berlabuh ni seawal jam 5 pagi. Mulanya berumpankan sotong dan anak ikan temanung yang dibeli di pasar, tetapi tiada sambaran.

Hari mulai terang, kami pun memancing anak ikan temenung di bahagian belakang kapal ni juga. Dapat saja anak ikan temanung, Sufry menghulurkan pancingnya.. Tanpa menunggu lama beliau mendapat sambaran dan tarikan padu. Ikan memenangi pertarungan dengan berjaya melarikan tangsi ke bilah kipas kapal... putus..

Seterusnya, berpindah ke sauh kapal. Sekali lagi Sufry, sebagai orang pertama yang menurunkan pancing terus mendapat tarikan kasar. Sufry mengetatkan drag kekilinya supaya ikan tidak dapat melarikan tangsinya ke sauh kapal, tetapi malangnya.. putus lagi..

Kemudian giliran Jefry pula mendapat sambaran. Beliau hanya menggunakan handline 30lb, kerana kekilinya hanya diisi dengan tangsi biasa 20lb. Takut putus kunun.. Tetapi putus juga akhirnya.

Setelah 3 kali putus, tiada lagi sambaran yang diterima. Kami berpindah ke Kuala Bangkuduan. Sejam di Kuala Bangkuduan, hanya seekor anak ikan putih dan tetanda kami dapat. Jam 9 pagi, kami bergerak semula ke kapal berlabuh. Ada 2 buah bot pemancing sudah mengikat disauhnya. terpaksa kami mengalah dan memancing di belakang kapal sahaja. 2 bot itupun tidak mendapat sambaran. Jam 11pg kami berpindah ke sauh kapal setelah 2 bot tadi beredar. Kami menunggu di sana sampai jam 12 tengahari. Air pun tidak bergerak sudah..

Sufry dan Jefry yang pertama kali memancing kapal berlabuh. Memandang rendah kekuatan ikan di sana dengan hanya memakai tali tangsi biasa dan perambut 20-30lb. Putih mata geng..

Ini dia, Kapal berlabuh yang menjadi lubuk ikan merah.. Mungkin ramai pemancing di sekitar yang sudah tahu potensi kapal ini dan menyebabkan tidak banyak lagi ikan yang boleh dipancing di sini.

Walaubagaimanapun, trip kali ini menambahkan lagi keyakinan saya untuk membawa bot. Untuk pertama kalinya saya berjaya membawa bot memancing ke kapal berlabuh dan selamat pulang ke jety. Alhamdulillah..

No comments:

Post a Comment