Wednesday, March 9, 2011

Serangan GT di Jeti

Trip 5/3/2011, saya turun bersama Fadzli untuk beraksi di perairan Sipitang. Agenda yang dirancang ialah Popping di Jeti Sipitang dan Casting di sungai kecil dan Sg Merintaman. Bertolak agak lewat, lebih kurang jam 7.30 pagi, keadaan air agak keruh disebabkan hujan yang turun pada malam sebelumnya agak melemahkan semangat jugalah.. Apapun, trip tetap diteruskan..

Sampai di lubuk pertama lebihkurang jam 8.00 pagi. Hampir setengah jam menunggu, akhirnya sekumpulan GT menyerang ulu-ulu yang berkumpul di hujung jeti. Tanpa membuang masa, popper diumbankan ke kawasan serangan. Dengan sekali humbanan, pemangsa yang terus menerkam popper yang baru sampai ke permukaan air..

GT pertama seberat 3kg ditewaskan dengan reel Shimano Catana 4000 + Rod Lemax + Braided 20lb.

Fadzli yang mahu merakamkan aksi saya bertarung dengan GT saya arahkan untuk melontarkan poppernya, juga terus mendapat sambaran. Boleh tahanlah, beliau melawan GT 2kg dengan set casting BC Silvermax + Rod Ultracast + 20lb braided.

Kedua-dua GT yang ditewaskan dalam pertarungan serentak. Pengalaman yang sukar diulangi pada masa akan datang.

Serangan GT hanya berlaku dalam tempoh yang singkat. Setelah menunggu hampir sejam, tiada lagi tanda-tanda serangan, kami memutuskan untuk menuju ke sungai kecil untuk acara casting. Memasuki kuala sungai kecil, ulu-ulu berhamburan di serang pemangsa. Dua kali strike, hanya seekor titir yang berjaya dinaikkan. Seterusnya kami masuk ke dalam sungai..


Fadzli dengan kerapu bintiknya. Beliau terlepas tarikan ikan yang agak bagak apabila pemangsa berjaya melarikan gewangnya ke bangkar..

Kerapu bintik di tempat yang sama di mana saya menaikkan kerapu bintik pada kunjungan sebelumnya.

Jam 12 tengahari kami menuju ke Sungai Merintaman. Keadaan air agak keruh, tetapi acara casting tetap diteruskan. Di sini saya mendapat sambaran kasar. Drag Revo Elit yang ketat, dan mungkin tali braided cedera menyebabkan tali braided meletup dan pemangsa yang disyaki sama ungah atau selunsung berjaya melepaskan diri.

Bedukang yang menyambar Rapala Goldfish, membuatkan Fadzli kelam kabut..

Hasil keseluruhan hari tu.. Syukur Alhamdulillah, memang rezeki kami dipertemukan dengan serangan GT.

No comments:

Post a Comment