Tuesday, November 8, 2011

Lesen Trolling di Kapal Berlabuh






Cuti sempena Hari Raya Haji saya manfaatkan dengan mengatur trip memburu tenggiri di kawasan kapal berlabuh di perairan Sipitang. Saya turun bersama bro Fadzli yang dua minggu lepas telah menaikkan 2 ekor tenggiri bersaiz 2 - 3 kg berumpankan ikan tamban hidup dan juga barracuda 5kg dengan kaedah trolling.

Kami merancang turun seawal jam 10.00 malam, tetapi disebabkan ribut yang melanda dan hujan yang mencurah, terpaksalah kami tunda ke awal pagi keesokannya, jam 5.30 pagi. Tapi, keadaan laut masih beralun dan begelora. Ditambah bau petrol yang tumpah, mabuk free kami jadinya.

Mulanya kami memancing umpan dengan teknik apollo. Setelah mendapat beberapa ekor umpan hidup, kami pun pertaruhkan di bahagian belakang dan hadapan kapal. Tetapi, sama seperti nelayan-nelayan lain yang sabar menunggu, tiada jawapan. Setelah kebosanan menunggu, saya mengajak Fadzli untuk menunda gewang. Lagipun, keadaan laut sudah beransur baik..

Dari kapal berlabuh pertama, kami menuju ke kapal berlabuh yang kedua. Lebih kurang 100m ke kapal berlabuh yang kedua, gewang yang saya tunda di sambar dan dilarikan dengan ganas. Kelam kabut saya jadinya. Saya menenangkan diri dan melayan tenggiri sebaiknya. Semakin menghampiri bot, tenggiri semakin mengganas. 3 - 5 kali tujaman dibuat dan membuatkan reel Shimano Navi PG8000 saya yang telah lama direhatkan mengeluarkan bunyi yang syahdu. Akhirnya, seekor tenggiri bersaiz 3 kg berjaya saya naikkan. Alhamdulillah, ada juga rezeki untuk hari.



No comments:

Post a Comment