Saturday, April 17, 2010

Jackpot di Kapal Berlabuh

Kapal Berlabuh pertama

Trip kali ni, saya, Fadzli dan adiknya Fakhrul dengan misi memburu rumahan, gerunggung dan tenggiri di sekitar kapal berlabuh di perairan Sipitang pada 17 April 2010. Bertolak seawal jam 11 malam tuk menduga Lawa-lawa Tg. Pagar dan juga supaya dapat bergerak seawal yang mungkin ke tempat kapal-kapal berlabuh.

Setelah kurang mendapat sambaran pada sebelah malam, seawal jam 5.30 pagi kami bergerak kawasan kapal berlabuh dan memulakan pancingan apollo (mengukut, kata orang Sipitang). Tiada hasil di kapal pertama, kami beralih ke kapal kedua. Di sini adalah naikkan rumahan dan temenung bersaiz kecil. Untuk mencapai misi gerunggung kami beralih lagi ke kapal yang ketiga. Belum sempat berlabuh, penghuni kapal tersebut menyuruh kami untuk memancing di kapal yang bersebelahan.

Ada seorang pemancing di sana, baru juga mula memancing berumpankan udang hidup. Saya pun menurunkan pancing berumpankan seekor temenung dan berhanyut.. Tidak payah menunggu lama, sampai jak umpan ke dasar, saya terus mendapat ragutan kasar. Dan hasilnya...

Tetanda, lebih kurang 1kg..

Memang agak memberangsangkan, huluran kedua juga terus mendapat sambaran.. Seekor ikan merah. Selepas itu, giliran Fakhrul pula mendapat sambaran, boleh tahan juga lenturan jorannya.. Tetapi sayang, ikatan terlucut dan ikan terlepas. Suasana terus sunyi seketika. Kami pun mengikat perahu di tali sauh kapal. Tidak lama Fakhrul mendapat sambaran, dan beberapa lagi ekor ikan merah dan jenahak dinaikkan.

Fakhrul dengan ikannya..

Selepas lebihkurang sejam di sana, tiada lagi sambaran. Mungkin disebabkan oleh keadaan air yang keruh disebabkan oleh hujan yang lebat semalam di Beaufort. Arus pun tidak berapa bergerak. Kami pun meneruskan misi sebelumnya tuk memburu gerunggung. Bertanya kepada nelayan dan pemancing di kapal, mereka pun tidak mendapat gerunggung. Hanya rumahan dan temenung bersaiz kecil dan sederhana sahaja.

Jackpot di kapal berlabuh..

Antara hasil apollo. Ambil sekadar perlu jak..

Lebihkurang jam 10.30 pagi, kami pun menamatkan trip memancing kali ni.. Walaupun tidak memperolehi gerunggung dan tenggiri, kami tetap berpuashati dengan jackpot di kapal berlabuh.

No comments:

Post a Comment