Saturday, February 13, 2010

Bangkuduan - Trip 1 malam 1 hari

Trip 1 malam 1 hari ni dirancang oleh saya dan Fadzli pada 12hb Februari 2010. Trip ini disertai oleh 8 orang kaki pancing dari Sipitang, menggunakan 3 buah bot. Saya dengan bot yang pertama, bersama Jep selaku boatman cum rambatman dan Jefri selaku anchorman..

Kami bertolak dari Sipitang jam 3.30 petang dan singgah kuala Sg. Beaufort untuk merambat udang sebagai umpan. Ada jugalah dapat dalam 100 ekor udang saiz sederhana. Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Bangkuduan. Kami tiba di lokasi memancing lebih kurang jam 6 petang.

Di situ kami menaikkan 2 ekor sembilang, memecahkan darah reel Shimano Navi ku. Lebihkurang jam 8 malam, kami ke Maidin untuk berjumpa dengan dua lagi bot yang memilih untuk memancing di Balingkatak. Hanya seekor tetanda saiz kecil yg kami dapat di sana. Jam 10 malam, ketika air mula bergerak surut kami berpindah semula ke Bangkuduan.. Di sana saya dpt menaikkan seekor lagi tetanda bersaiz lebihkurang setengah kilo.

Lebihkurang jam 12 malam, arus air surut agak deras dan menyukarkan aktiviti memancing. Kami berlabuh di tengah sungai, melabuhkan pancing dan tidur-tidur ayam. Ketika arus deras tu, kami hanya mendapat 2 ekor tuka-tuka bersaiz kecil. Jep dan Jefri tidur, sementara saya tidak dapat tidur disebabkan bunyi bising pam oksigen dan juga risaukan bot yang dihanyutkan oleh arus deras. Arus deras tu berhenti pada jam 3 pagi.

Kami meneruskan aktiviti memancing, tetapi tiada sebarang sambaran. Seterusnya kami memilih untuk menyambung tidur. Seawal jam 4 pagi, kuala Bangkuduan mulai riuh dengan kehadiran bot-bot pukat.

Jam 6 pagi, ketika air sangat surut, kami merambat udang sebagai umpan tetapi tidak berhasil. Jadi terpaksalah kami berumpankan udang kupas. Pagi tu, kami hanya berjaya menaikkan seekor ikan putih, beberapa ekor tetanda bersaiz kecil, dan seekor ketam bakau. Dengan mengcasting, saya hanya dpt seekor ikan sumpit-sumpit.

Air bergerak pasang awal pagi tu, tetapi sangat perlahan, Ikan tidak galak makan, ditambah lagi dengan umpan yang tidak menyelerakan. Kami pun memanfaatkan rambat yang kami bawa tuk merambat ikan dibawa balik. Banyak jugalah dapat kerapu batang. Kami juga memasang 4 buah bintur, dan berhasil dengan 3 ekor ketam bakau.

Jam 12 tengahari, kami bergerak menghala ke Sipitang dan merambat lagi udang sebagai umpan. Baru dapat udang yang sesuai dan banyak. Kami singgah di Ketiduran untuk menyambung aktiviti memancing, tetapi tiada sambaran. Jam 2 kami bergerak ke takat berhampiran kuala Weston, juga tidak berhasil. Disebabkan angin yang semakin kuat, laut yang sedikit berombak, jam 3 petang kami bergerak balik ke Sipitang. Sampai di jetty, lebih kurang jam 4 petang.

Sebagai kesimpulan, trip kali ni kurang berhasil. Jangkaan ikan galak makan pada waktu malam dan air bergerak surut meleset. Tapi, biasalah.. sudah namanya memancing, bukan selalunya dapat hasil yang banyak..

No comments:

Post a Comment