Wednesday, April 21, 2010
Saturday, April 17, 2010
Jackpot di Kapal Berlabuh
Kapal Berlabuh pertamaTrip kali ni, saya, Fadzli dan adiknya Fakhrul dengan misi memburu rumahan, gerunggung dan tenggiri di sekitar kapal berlabuh di perairan Sipitang pada 17 April 2010. Bertolak seawal jam 11 malam tuk menduga Lawa-lawa Tg. Pagar dan juga supaya dapat bergerak seawal yang mungkin ke tempat kapal-kapal berlabuh.
Setelah kurang mendapat sambaran pada sebelah malam, seawal jam 5.30 pagi kami bergerak kawasan kapal berlabuh dan memulakan pancingan apollo (mengukut, kata orang Sipitang). Tiada hasil di kapal pertama, kami beralih ke kapal kedua. Di sini adalah naikkan rumahan dan temenung bersaiz kecil. Untuk mencapai misi gerunggung kami beralih lagi ke kapal yang ketiga. Belum sempat berlabuh, penghuni kapal tersebut menyuruh kami untuk memancing di kapal yang bersebelahan.
Ada seorang pemancing di sana, baru juga mula memancing berumpankan udang hidup. Saya pun menurunkan pancing berumpankan seekor temenung dan berhanyut.. Tidak payah menunggu lama, sampai jak umpan ke dasar, saya terus mendapat ragutan kasar. Dan hasilnya...

Tetanda, lebih kurang 1kg..Memang agak memberangsangkan, huluran kedua juga terus mendapat sambaran.. Seekor ikan merah. Selepas itu, giliran Fakhrul pula mendapat sambaran, boleh tahan juga lenturan jorannya.. Tetapi sayang, ikatan terlucut dan ikan terlepas. Suasana terus sunyi seketika. Kami pun mengikat perahu di tali sauh kapal. Tidak lama Fakhrul mendapat sambaran, dan beberapa lagi ekor ikan merah dan jenahak dinaikkan.
Fakhrul dengan ikannya..Selepas lebihkurang sejam di sana, tiada lagi sambaran. Mungkin disebabkan oleh keadaan air yang keruh disebabkan oleh hujan yang lebat semalam di Beaufort. Arus pun tidak berapa bergerak. Kami pun meneruskan misi sebelumnya tuk memburu gerunggung. Bertanya kepada nelayan dan pemancing di kapal, mereka pun tidak mendapat gerunggung. Hanya rumahan dan temenung bersaiz kecil dan sederhana sahaja.
Monday, April 12, 2010
Bintuka - Putih di Cari, Hitam yang di Temui
Trip 10.04.2010 dirancang untuk menduga semula Lubuk Selunsung c Jep, lubuk di mana C jep menaikkan Selunsung 1.5kg pada trip yang lepas. Trip ini disertai oleh saya, Jep dan Sufri. Bertolak seawal jam 5 pagi di Sipitang dan sampai di jetty Hj. Kumit pada jam 6 pagi.. Jam 6.30 pagi kami bertolak memancing setelah membeli udang hidup dari perambat-perambat udang di sekitar jetty Hj. Kumit. Layan....Tuesday, April 6, 2010
3 hari yang ....................................
Khairina belajar memancing
2 April 2010 - Memancing di Sg Merintaman dengan wife dan anak..3 April 2010 - Membottom dan casting di Sg Merintaman secara solo
Baby kerapu yang saya dapat membottom di Sg. Merintaman (CNR)4 April 2010 - Kuala Weston (Kg. Lubuk) dan Kuala Sg. Mengalong.
Kuala Weston
Dan kami, sanggup meredah hutan ni tuk mencari port memancing yang baik.Tanpa perancangan saya, Sufri, Jefri, dan Bahrin mencuba untuk memancing di Kuala Weston yang dapat dikunjungi dari Kg.Lubok, Weston. Setelah hampir sejam memancing, dgn keadaan arus air pasang yang deras tiada ikan yang sudi menjamah umpan kami.. akhirnya kami memutuskan untuk berpindah kuala Sg. Mengalong pula.. mo 30km lebih dari sini..
Kuala Sg. Mengalong
Sunday, March 28, 2010
Hasil Pertama Casting Sg. Merintaman
Titir Sg. MerintamanPercubaan casting di Sg. Merintaman akhirnya beroleh seekor titir pada kunjungan kali yang ketiga pada 28.03.2010. Mendapat sambaran titir pada minit-minit awal acara casting, menambahkan lagi syok karan casting. Acara diteruskan selama lebih kurang sejam, namun tiada lagi hasil diperolehi. Insya Allah, usaha akan diteruskan lagi..
Sunday, March 21, 2010
Bintuka - Akhirnya, Jep dapat selunsung
Setelah lebih 2 tahun menduga Bintuka, Jep pertama kali dapat selunsung, 1.5kg.Trip 21.03.2010 menggunakan 2 bot yang disewa dari Hj. Kumit, 7 orang pemancing Sipitang & KK bergabung, umpan hidup dari Benoni dan kolam udang Hj. Kumit.
Dan saya, dengan hasil bottom, sembilang..Bot pertama - saya membawa geng-geng kaki pancing dari KK (Boi, FiFi & Lobo) mempraktikkan bottom, trolling dan casting. Hasil kurang memberangsangkan.
Bot kedua - Jep, Saidin dan Fadzli dengan kaedah 100% bottom. Keseluruhannya berjaya mendapat selunsung 1.45kg, kerapu bunga & hitam dgn berat semua 2kg, ikan putih 5 ekor dan juga sembilang.
Bot kedua - Jep, Saidin dan Fadzli dengan kaedah 100% bottom. Keseluruhannya berjaya mendapat selunsung 1.45kg, kerapu bunga & hitam dgn berat semua 2kg, ikan putih 5 ekor dan juga sembilang.
Mencari Port Casting di Sipitang
Mencari Port CastingSebagai kaki pancing yang baru berjinak-jinak dalam dunia casting, selain ada kelengkapan/peralatan, satu elemen penting lagi ialah port casting.
Untuk itu, pada 20.03.2010, saya telah memberanikan diri berseorangan mengunjungi Sg. Merintaman buat pertama kalinya. Sungai ini dikatakan mempunyai ikan-ikan seperti ungah, kerapu, dan alu-alu.
Selain untuk belajar casting, saya juga ingin mencuba set baru (Rod Ajiking 8-17lb + Reel Daiwa Sweptfire 2000 dan juga gewang-gewang yang baru. Percubaan casting selama hampir sejam, berakhir dengan kumpau. Ndak apa, seperti ota-otai casting selalu cakap, Kilar itu saudara casting.. Hehehe..

Subscribe to:
Posts (Atom)