Saturday, March 17, 2012

Trip Memancing Pertama Bersama Bot KEMBARA PULAU - PULAU SIAMIL, SEMPORNA

Kesempatan balik bercuti ke kampung di Semporna, dimanfaatkan dengan mengatur trip memancing. Berikut adalah butiran trip yang telah berlangsung;
          
            Tarikh: 6 petang 12/3/2012 hingga 7 pagi 13/3/2012
            Lokasi: Pulau Siamil Semporna
            Bilangan Pemancing: 6 orang
            Teknik Pancingan: Bottom berumpankan sotong


 Lokasi Memancing

Pulau Siamil terletak lebihkurang 1 jam setengah perjalanan menaiki bot 25 kaki dipacu oleh 2 buah enjin Yamaha 40hp, terletak di Lautan Celebes.

Trip memancing turut disertai oleh rakan Facebook, Bro David Ling dari Tawau.

Fishfinder yang dipinjam daripada  Bro Din BlackBass Hunter. Kerap menunjukkan kawanan ikan melintasi bawah bot.

Antara hasil membottom, kebanyakannya spesies ikan karang seperti ketambak dan kerapu.

 Sempat mencuba aksi popping di awal pagi.

Tebing pulau yang berbatu dan drop off yang sangat hampir dengan pulau.




Mencuba aksi trolling dalam perjalanan balik


Merenung Pulau Siamil sambil berkira-kira mau mengatur lagi trip susulan pada masa akan datang.
Pulau Siamil dikejauhan. Dengan keadaan laut yang tenang.

Walaupun trip percubaan ini kurang berjaya, saya tetap bersyukur dan berpuashati kerana dapat juga sampai ke Pulau Siamil. Pemandangan sekitanya memang lain dari yang lain. Dengan warna lautya yang biru ungu dan jernih sehingga masih dapat melihat batuan di dasar pada kedalaman 30 meter memang mempesonakan. Trip ini gagal menaikkan spesies sasaran, Monster GT.




Spesies sasaran, GT yang dinaikkan oleh Pakcik saya dalam trip mereka bulan lepas.



1 comment: