Sunday, March 20, 2011

Lesen Kerapu Batu

Trip 19.03.2011 menggantikan trip yang dirancang pada 13.03.2011. Trip kali ni turun 2 buah bot, saya dan Fadzli manakala bot sebuah lagi Faizal dan Faudzi. Saya telah menempah bot No. 2 dan 12. Sampai di jetty Hj. Kumit seawal jam 6 pagi, terus memunggah barang ke bot sementara menunggu Faizal dan Faudzi yang masih dalam perjalanan. Buat pertama kalinya saya berhadapan dengan masalah bot tidak dapat dihidupkan.. Sabar jaklah..

Enjin bot no. 2 tetap tidak mahu hidup walaupun mendapat bantuan. Mujurlah ada bot no. 3 sebagai gantinya. terubat juga kekecewaan diawal pagi..


Ikan pertama, strike pada jam 11 lebih. Huh, penat juga mo mencari strike MJ di Maidin ni..

Setelah kurang mendapat sambutan di Maidin, kami bergerak ke Menumbuk dengan merentas laut. Dekat jak rupanya, lebihkurang 15 minit sudah sampai. Misi diteruskan, kali ni mo memburu tembaring pula..

Lesen Kerapu di Batu. Setelah sekian kalinya menduga nasib di batu, akhirnya hari ni mendapat sambutan. Cukup mengujakan dan mengketar-ketarkan tangan. Rekod peribadi tercipta dengan menaikkan spesies yang tidak pernah lagi dinaikkan oleh rakan-rakan caster di sini.

Dan inilah juga bayarannya, sauh menyangkut dan tali terpaksa dipotong. Niat dihati mo buatkan pelampung tuk memudahkan rakan-rakan caster lain apabila mau menduga penghuni batu ni..

Setelah lama menunggu strike daripada pagi, akhirnya Fadzli strike juga di sebelah petang. Titir pun titirlah, yang penting ada karan..

Dalam usaha memburu selunsung di hulu Balingkatak, Fadzli strike penjulung.. Ni ndak tau ni, siapa yang strike siapa.. Hehe.. Rekod juga ni..

Hasil keseluruhan hari ni; Kerapu di batu 1, Kerapu hitam 1, Titir 2 dan Penjulung 1.. Haha.. Apapun, syukur trip ini berjaya dilaksanakan. Hasil bukan ukuran, yang penting kepuasan melaksanakan hobi dan mengurangkan rasa gian..

1 comment:

  1. Selamat sejahtera abang din, saya Rodney dari kelab anglersadventure berasal dari KK ingin berguru dengan abang...sebenarnya saya baru jah berjinak dengan kaedah casting..baru baru ni saya dgn ipar saya ke bintuka..kali pertama datang tak ada strike..tak tau lubuk dekat mana..daripada gambar yang ada di blog ini dapat mengatakan yang abang din sudah cukup berpengalaman dengan sungai sungai di bintuka..di sini saya ingin sekali nak join trip abang yang akan datang...kalau abang sudi boleh call no phone saya..0198600473...missed call aje nanti saya call balik. Terma Kasih

    ReplyDelete