Wednesday, November 10, 2010

Trip Casting Pertama - 3 Julai 2010


Ini adalah gambar-gambar daripada trip casting yang pertama.. menyertai Bintuka Casting Battle, Geng-geng Kaki Pancing dot Net yang telah diadakan di Sg Bintuka pada 3 Julai 2010. Gambar-gambar ini telah di simpan bagi memberi laluan ianya diterbitkan terlebih dahulu di majalah pancing.. Akhirnya, ianya telahpun di terbitkan dalam majalah Kembara Kail keluaran November 2010.

Selunsung 2.2kg, lesen selunsung saya yang pertama. Hock up pada sambaran kali yang kedua. Ketar-ketar dibuatnya..


Kerapu hitam yang menyambar pada karauan pertama dan membawa gewang ke akar bakau. Nasib baik bro hisham berjaya memujuknya keluar..

Ungah terbesar trip tersebut. Dinaikkan oleh bro Hisham di masa kecederaan.

Sumpit-sumpit pun jadilah.. boleh juga menambah berat timbangan..

Geng Kaki pancing dot Net yang turun beraksi haritu..

No comments:

Post a Comment