Sunday, November 28, 2010

GT 2.5kg ; Lesen Popping Pertama

Pemandangan awal pagi di jeti, nelayan memukat bilis (pusuh)..

Harini saya turun bersama rakan sekampung, Sufry. Lokasi sasaran harini jeti dengan teknik pancingan Popping dan Bottom berumpankan bilis. Sambil membottom saya mempopping dengan mensasarkan kocakan ulu-ulu yang diserang pemangsa.

Setelah beberapa balingan dibuat ke arah tiang jetty, Popper Hinomiya hijau berjaya menarik perhatian pemangsa. Setelah tiga kali menghentam popper dan ketika popper menghampiri bot, barulah hock up dan perlawanan bermula.. Dengan pecutan padu menghala ke bawah jeti.. Mujurlah set reel Shimano Catana 4000 dan rod Lemax Platinum yang telah lama direhatkan dapat beraksi dengan baik..

Pose sekali lagi dengan GT 2.5kg.. Menjadi rekod peribadi sebagai Ikan yang pertama dinaikkan secara Popping dan GT terbesar setakat ini .

No comments:

Post a Comment