Trip 11/06/2011 terlaksana setelah mendapat ajakan daripada Bro Faizal Japar untuk sama-sama turun pada tarikh tersebut. Disebabkan penarikan diri rakan caster bro Faizal di saat-saat akhir, saya akhirnya berpasangan dengan geng seperahu dari Sipitang, bro Fadzli. Sampai di jeti Hj. Kumit seawal jam 6 pagi, keadaan agak suram dengan hujan gerimis dan cuaca mendung. Apapun, trip tetap diteruskan..
Sunday, June 12, 2011
2 Lesen Sekaligus..
Tuesday, May 3, 2011
Lesen Black Bass Bintuka 2011
Sunday, March 20, 2011
Lesen Kerapu Batu
Trip 19.03.2011 menggantikan trip yang dirancang pada 13.03.2011. Trip kali ni turun 2 buah bot, saya dan Fadzli manakala bot sebuah lagi Faizal dan Faudzi. Saya telah menempah bot No. 2 dan 12. Sampai di jetty Hj. Kumit seawal jam 6 pagi, terus memunggah barang ke bot sementara menunggu Faizal dan Faudzi yang masih dalam perjalanan. Buat pertama kalinya saya berhadapan dengan masalah bot tidak dapat dihidupkan.. Sabar jaklah..
Enjin bot no. 2 tetap tidak mahu hidup walaupun mendapat bantuan. Mujurlah ada bot no. 3 sebagai gantinya. terubat juga kekecewaan diawal pagi..
Ikan pertama, strike pada jam 11 lebih. Huh, penat juga mo mencari strike MJ di Maidin ni..Setelah kurang mendapat sambutan di Maidin, kami bergerak ke Menumbuk dengan merentas laut. Dekat jak rupanya, lebihkurang 15 minit sudah sampai. Misi diteruskan, kali ni mo memburu tembaring pula..
Lesen Kerapu di Batu. Setelah sekian kalinya menduga nasib di batu, akhirnya hari ni mendapat sambutan. Cukup mengujakan dan mengketar-ketarkan tangan. Rekod peribadi tercipta dengan menaikkan spesies yang tidak pernah lagi dinaikkan oleh rakan-rakan caster di sini.
Dan inilah juga bayarannya, sauh menyangkut dan tali terpaksa dipotong. Niat dihati mo buatkan pelampung tuk memudahkan rakan-rakan caster lain apabila mau menduga penghuni batu ni..
Setelah lama menunggu strike daripada pagi, akhirnya Fadzli strike juga di sebelah petang. Titir pun titirlah, yang penting ada karan..
Dalam usaha memburu selunsung di hulu Balingkatak, Fadzli strike penjulung.. Ni ndak tau ni, siapa yang strike siapa.. Hehe.. Rekod juga ni..Hasil keseluruhan hari ni; Kerapu di batu 1, Kerapu hitam 1, Titir 2 dan Penjulung 1.. Haha.. Apapun, syukur trip ini berjaya dilaksanakan. Hasil bukan ukuran, yang penting kepuasan melaksanakan hobi dan mengurangkan rasa gian..
Wednesday, March 9, 2011
Serangan GT di Jeti
Trip 5/3/2011, saya turun bersama Fadzli untuk beraksi di perairan Sipitang. Agenda yang dirancang ialah Popping di Jeti Sipitang dan Casting di sungai kecil dan Sg Merintaman. Bertolak agak lewat, lebih kurang jam 7.30 pagi, keadaan air agak keruh disebabkan hujan yang turun pada malam sebelumnya agak melemahkan semangat jugalah.. Apapun, trip tetap diteruskan..
Sampai di lubuk pertama lebihkurang jam 8.00 pagi. Hampir setengah jam menunggu, akhirnya sekumpulan GT menyerang ulu-ulu yang berkumpul di hujung jeti. Tanpa membuang masa, popper diumbankan ke kawasan serangan. Dengan sekali humbanan, pemangsa yang terus menerkam popper yang baru sampai ke permukaan air..
Fadzli yang mahu merakamkan aksi saya bertarung dengan GT saya arahkan untuk melontarkan poppernya, juga terus mendapat sambaran. Boleh tahanlah, beliau melawan GT 2kg dengan set casting BC Silvermax + Rod Ultracast + 20lb braided.
Kedua-dua GT yang ditewaskan dalam pertarungan serentak. Pengalaman yang sukar diulangi pada masa akan datang.
Fadzli dengan kerapu bintiknya. Beliau terlepas tarikan ikan yang agak bagak apabila pemangsa berjaya melarikan gewangnya ke bangkar..
Kerapu bintik di tempat yang sama di mana saya menaikkan kerapu bintik pada kunjungan sebelumnya.
Sampai di lubuk pertama lebihkurang jam 8.00 pagi. Hampir setengah jam menunggu, akhirnya sekumpulan GT menyerang ulu-ulu yang berkumpul di hujung jeti. Tanpa membuang masa, popper diumbankan ke kawasan serangan. Dengan sekali humbanan, pemangsa yang terus menerkam popper yang baru sampai ke permukaan air..
Kedua-dua GT yang ditewaskan dalam pertarungan serentak. Pengalaman yang sukar diulangi pada masa akan datang.Serangan GT hanya berlaku dalam tempoh yang singkat. Setelah menunggu hampir sejam, tiada lagi tanda-tanda serangan, kami memutuskan untuk menuju ke sungai kecil untuk acara casting. Memasuki kuala sungai kecil, ulu-ulu berhamburan di serang pemangsa. Dua kali strike, hanya seekor titir yang berjaya dinaikkan. Seterusnya kami masuk ke dalam sungai..
Jam 12 tengahari kami menuju ke Sungai Merintaman. Keadaan air agak keruh, tetapi acara casting tetap diteruskan. Di sini saya mendapat sambaran kasar. Drag Revo Elit yang ketat, dan mungkin tali braided cedera menyebabkan tali braided meletup dan pemangsa yang disyaki sama ungah atau selunsung berjaya melepaskan diri.
Sunday, February 27, 2011
Trip Orang Baru ke Bintuka
Trip 19/2/2011 merupakan trip ihsan saya melayan kawan-kawan yang buat pertama kalinya turun ke Bintuka. Membawa kawan-kawan dari Staff UMS dan Hospital Mesra yang telah beberapa kali meminta saya membawa mereka turun ke Bintuka. Trip kali ni saya mensasarkan Sg. Balingkatak untuk memudahkan pergerakan dengan teknik pancingan bottom dan casting.
Ikan pertama yang dinaikkan, pari oleh Bro Ady dilubuk yang pertama..Setelah kunjungan ke beberapa lubuk kurang berhasil, akhirnya saya membawa mereka ke lubuk berpotensi yang telah lama saya tidak kunjungi semenjak mencuba teknik casting. Tidak menunggu lama, pada balingan pertama sudah mendapat layanan baby tetanda. Dan seterusnya beberapa ekor ikan lagi berjaya kami naikkan di sini. Bro Jeib juga berjaya memecahkan kilarnya di sini..
Ikan kerapu hitam oleh Bro Ady,merupakan ikan terbesar trip kali. Seronok melihat kawan-kawan mendapat layanan ikan-ikan Bintuka..
Melawat kembali bangkar yang telah menyebabkan Bro Jeib terkena karan di sebelah pagi. Lontaran gewang tepat ke hujung bangkar disambar dan dilarikan pemangsa, yang disyaki MJ. Tapi sayang, disebabkan drag yang agak longgar, pemangsa terlepas..
Hasil keseluruhan.. syukurlah, tercapai juga hajat menaikkan ikan Bintuka..Apapun, syukurlah trip ini telah selamat dijalankan dan dapat memenuhi permintaan kawan-kawan yang telah lama berhajat ke Bintuka. Trip ke Bintuka sememangnya memerlukan komitmen yang tinggi kerana jaraknya yang agak jauh. Dengan perjalanan seawal jam 4 pagi dan kembali ke rumah jam 8 malam, hanya pemancing yang tegar saja yang sanggup melaluinya..
Saturday, February 19, 2011
Trip Mengejut Ke Bintuka
Trip mengejut ke Bintuka pada 13.02.2011 adalah untuk memenuhi jemputan Bro Fadzli yang mahu saya turun bersama-sama mereka sehari sebelum trip ni berlangsung. Turun 3 buah bot; No. 6, 13 dan 14. Saya dan fadzli dengan aksi casting, sementara 2 bot yang lain dengan acara bottom..
Monday, February 7, 2011
Trip Cuti Tahun Baru Cina
TRIP 3/2/2011 - Casting di Bintuka
Entah di mana silapnya, bot yang saya booking bertindih dengan seorang lagi penyewa dari Papar yang juga bernama Din. Terpaksa beralah, dengan mengambil sebuah bot dan terpaksalah mencari sebuah bot lagi. Mujurlah ada enjin spare yang dipadankan dengan bot no. 1 yang enjinnya mengalami kerosakan. Apapun, asal dapat turun.. Layannn......
TRIP 5/2/2011 - Popping di Jeti SFI
Turun bersendirian ke Jeti SFI untuk pertama kalinya untuk mencuba nasib popping dan casting secara landbase. Sesampai di sana, sudah ada 3 orang caster yang bertalu-talu menghumbankan gewang mereka. Sempat berkenalan, mereka datang dari Beaufort.
TRIP 6/2/2011 - Casting di Sungai Kecil
Setelah beberapa bulan tidak melawat sungai kecil yang agak berpotensi suatu ketika dulu, akhirnya saya turun bersama Fadzli. Turun dalam keadaan hujan dan ditambah lagi hujan lebat pada malamnya, memang saya tidak menjangkakan apa-apa. Casting di dalam sungai sangatlah sunyi tanpa sebarang getuan dan sentapan. Hanya apabila keluar dari mulut sungai, dan ada bangkar yang hanyut, di situlah seekor kerapu yang sudi menyambar...
Subscribe to:
Posts (Atom)











