Wednesday, November 10, 2010

Trip Casting Pertama - 3 Julai 2010


Ini adalah gambar-gambar daripada trip casting yang pertama.. menyertai Bintuka Casting Battle, Geng-geng Kaki Pancing dot Net yang telah diadakan di Sg Bintuka pada 3 Julai 2010. Gambar-gambar ini telah di simpan bagi memberi laluan ianya diterbitkan terlebih dahulu di majalah pancing.. Akhirnya, ianya telahpun di terbitkan dalam majalah Kembara Kail keluaran November 2010.

Selunsung 2.2kg, lesen selunsung saya yang pertama. Hock up pada sambaran kali yang kedua. Ketar-ketar dibuatnya..


Kerapu hitam yang menyambar pada karauan pertama dan membawa gewang ke akar bakau. Nasib baik bro hisham berjaya memujuknya keluar..

Ungah terbesar trip tersebut. Dinaikkan oleh bro Hisham di masa kecederaan.

Sumpit-sumpit pun jadilah.. boleh juga menambah berat timbangan..

Geng Kaki pancing dot Net yang turun beraksi haritu..

Saturday, October 23, 2010

Trip 231010 - Jackpot Selunsung Sg. Merintaman

Selunsung, hasil diluar jangkaan..

MJ yang pertama, rekod MJ terbesar setakat ini..

MJ yang kedua.. Luka-luka badan MJ ni..

Hasil keseluruhan.. Syukur rezeki Allah..

Saturday, October 16, 2010

Lesen MJ Casting yang Pertama..

Tembok batu Jeti SFI.. Banyak pembottom, tak dptlah casting sana..

Trip kalini saya mengajak Wahab, seorang nelayan di Merintaman untuk membawa saya casting dengan menaiki bot. Tempat sasaran casting adalah tembot batu jeti SFI dan juga Sg. Merintaman. Setelah tidak berhasil casting di tembok batu, kami masuk ke sungai.. Di sanalah ikan berada sebenarnya...

Port casting harini, pertama kali saya masuk ke sini.. Memang agak sempit dan sukar untuk membuat balingan gewang. Tp, ganasssss, kelaparan sungguh ikan-ikan di sungai ni..

Lesen MJ yang pertama..

Kerapu batang di lubuk berpotensi..

Wahab aka Boatman berjaya menaikkan MJ terbesar..

Hasil keseluruhan.. banyak lagi yang tidak hock up dan rabut sebenarnya..



Wednesday, October 13, 2010

09.10.10 - Hampir Kumpau dan Sesat di Bintuka

Satu-satunya strike hari tu.. hehe..

Marking pokok-pokok di tebing, dengan harapan supaya tidak sesat masa balik nanti..

Di simpang inilah kami sesat masa balik ke jeti.. dalam keadaan hujan, angin bertiup, hari yang makin gelap dan minyak yang tinggal sedikit.. susah mo digambarkan. tp syukurlah, jumpa juga jalan balik..

Saturday, October 2, 2010

Fadzli kena karan...

26 September 2010
Kesempatan berada di Sipitang, saya mengajak Fadzli untuk turun casting di Sg. Merintaman secara boat base. Trip tuk mencari lesen MJ dan suka-suka merendam gewang.

Fadzli, pertama kali merasa karan casting.. merasa juga tarikan alu-alu sebesar lengan yang tidak dapat dinaikkan kerana tidak membawa sauk.

Aksi caster beginner..

Teda penghunilah reba dan batang kayu depan tu..

Casting monyet bukan, casting ketam pun bukan.. Gewang menyangkut di akar bakau..

Monday, September 27, 2010

Bintuka Casting Battle Vol.2

25 September 2010, saya menyertai Bintuka Casting Battle Vol. 2 yang turut disertai oleh 9 orang caster dari KK, Beaufort dan kawasan sekitarnya..

Sampai di jeti Hj Kumit jam 5.20 pg.. Ingatkan saya yg pling awal, rupanya Bro Hisham datang lebih awal.

Merempit ke lubuk masing-masing


Ikan pertama oleh Bro Ejump, rakan sebotku.. 2 strike barracuda ditempat yang sama. Layan...


Ikan pertama saya haritu.. Baby barracuda..


Ikan kedua, kerapu di masa kecederaan sebelum hujan dan kilat melanda..


Bersama geng-geng caster.. Jumpa lagi di Vol. seterusnya....






Tuesday, September 14, 2010

Beraya ke Sg. Bintuka - Casting

Menumbuk dari kejauhan..

Setelah berehat memancing selama sebulan sempena ramadhan, akhirnya pada Hari Raya ke-5 saya mengajak bro Din Caster 707 untuk turun ke Bintuka. Trip dirancang 100% casting dengan Din Caster 707 mahu berkongsi lubuknya di Kuala Menumbuk.

Ikan pertama hari tu, alu-alu..

Kerapu batang oleh bro Din Caster 707


Baby GT oleh bro Din Caster 707.
Baby GT saya ndak sempat bergambar, saiz lebihkurang sama jak.

Hasil keseluruhan hari tu; 1 ekor alu-alu, 2 ekor baby GT, 1 ekor kerapu batang dan 2 ekor sumpit-sumpit yang di C&R. Terima kasih banyak-banyak kepada Bro Din Caster 707 yang sudi berkongsi lubuk dan menunjuk ajar ikatan FG knot.. Memang banyak lubuk berpotensi di, cuma mungkin keadaan air yang surut di bawah aras 1m kurang sesuai untuk casting. Apapun, terubat juga gian memancing..