Saturday, October 23, 2010
Saturday, October 16, 2010
Lesen MJ Casting yang Pertama..
Trip kalini saya mengajak Wahab, seorang nelayan di Merintaman untuk membawa saya casting dengan menaiki bot. Tempat sasaran casting adalah tembot batu jeti SFI dan juga Sg. Merintaman. Setelah tidak berhasil casting di tembok batu, kami masuk ke sungai.. Di sanalah ikan berada sebenarnya...
Wednesday, October 13, 2010
Saturday, October 2, 2010
Fadzli kena karan...
26 September 2010
Kesempatan berada di Sipitang, saya mengajak Fadzli untuk turun casting di Sg. Merintaman secara boat base. Trip tuk mencari lesen MJ dan suka-suka merendam gewang.
Monday, September 27, 2010
Bintuka Casting Battle Vol.2
Tuesday, September 14, 2010
Beraya ke Sg. Bintuka - Casting
Menumbuk dari kejauhan..Setelah berehat memancing selama sebulan sempena ramadhan, akhirnya pada Hari Raya ke-5 saya mengajak bro Din Caster 707 untuk turun ke Bintuka. Trip dirancang 100% casting dengan Din Caster 707 mahu berkongsi lubuknya di Kuala Menumbuk.

Baby GT oleh bro Din Caster 707.
Baby GT saya ndak sempat bergambar, saiz lebihkurang sama jak.
Hasil keseluruhan hari tu; 1 ekor alu-alu, 2 ekor baby GT, 1 ekor kerapu batang dan 2 ekor sumpit-sumpit yang di C&R. Terima kasih banyak-banyak kepada Bro Din Caster 707 yang sudi berkongsi lubuk dan menunjuk ajar ikatan FG knot.. Memang banyak lubuk berpotensi di, cuma mungkin keadaan air yang surut di bawah aras 1m kurang sesuai untuk casting. Apapun, terubat juga gian memancing..
Monday, August 2, 2010
Trip Cari Lauk Fresh ke Bintuka
Trip 1 Ogos 2010, saya bersama Jep dan Fadzli ke Bintuka sebenarnya untuk menduga lubuk selunsung di hulu Sg. Bintuka, tetapi tidak kesampaian kerana keadaan air yang tidak mengizinkan. Seterusnya, kami bergerak ke Kuala Bangkuduan untuk mencari lauk fresh.
Lubuk selunsung yang keruh. Tiada peluanglah mau menarik selunsung hari ni..
Ikan pertama pada hari tu. Baby Gt. Dinaikkan sekitar jam 12 tengahari. Mungkin disebabkan keadaan air yang keruh dan sejuk menyebabkan ikan kurang galak makan pada waktu pagi.
Kelam kabut. Tiga daripada pancing yang kami turunkan dilarikan hampir serentak oleh Baby GT.
Aksi di Lubuk joran terbang. Menahan asakan ibu gelama menggunakan set cap ayam. Kekili Tomman Aluminium 4000, joran Lemax 8 - 17lb, tangsi tali hantu Tomman 25 lb, perambut fluorocarbon Relix 30lb, dan umpan udang hidup. Hasilnya.....
Jarau, dalam bahasa tempatan. Ibu gelama seberat 5kg. Rekod peribadi ikan terbesar dalam aktiviti memancing.
Fadzli tumpang bergambar bersama ibu gelama.
Aksi c Fadzli berlawan dengan ikan putih.. Shimano Navi dengan tali sulam 80lb. Memang tiada peluang ikan putih tu melepaskan diri.
Ini dia, ikan putihnya. Dalam 1kg jugalah beratnya..
Ini pula hasil casting sambil membottom..
Ketambak yang bernafsu besar, menyambar gewang Rapala Tail Dancer ku..
Lesen casting ikan putih.. Di sebelah perahu membottom, sebelah lagi aku mengcasting..
Kesimpulannya, trip hari ni agak hambar kerana ikan tidak sudi menjamah umpan di awal pagi. Nasib baiklah ada ibu gelama jadi penyelamat..
Subscribe to:
Posts (Atom)







