Saturday, October 2, 2010

Fadzli kena karan...

26 September 2010
Kesempatan berada di Sipitang, saya mengajak Fadzli untuk turun casting di Sg. Merintaman secara boat base. Trip tuk mencari lesen MJ dan suka-suka merendam gewang.

Fadzli, pertama kali merasa karan casting.. merasa juga tarikan alu-alu sebesar lengan yang tidak dapat dinaikkan kerana tidak membawa sauk.

Aksi caster beginner..

Teda penghunilah reba dan batang kayu depan tu..

Casting monyet bukan, casting ketam pun bukan.. Gewang menyangkut di akar bakau..

Monday, September 27, 2010

Bintuka Casting Battle Vol.2

25 September 2010, saya menyertai Bintuka Casting Battle Vol. 2 yang turut disertai oleh 9 orang caster dari KK, Beaufort dan kawasan sekitarnya..

Sampai di jeti Hj Kumit jam 5.20 pg.. Ingatkan saya yg pling awal, rupanya Bro Hisham datang lebih awal.

Merempit ke lubuk masing-masing


Ikan pertama oleh Bro Ejump, rakan sebotku.. 2 strike barracuda ditempat yang sama. Layan...


Ikan pertama saya haritu.. Baby barracuda..


Ikan kedua, kerapu di masa kecederaan sebelum hujan dan kilat melanda..


Bersama geng-geng caster.. Jumpa lagi di Vol. seterusnya....






Tuesday, September 14, 2010

Beraya ke Sg. Bintuka - Casting

Menumbuk dari kejauhan..

Setelah berehat memancing selama sebulan sempena ramadhan, akhirnya pada Hari Raya ke-5 saya mengajak bro Din Caster 707 untuk turun ke Bintuka. Trip dirancang 100% casting dengan Din Caster 707 mahu berkongsi lubuknya di Kuala Menumbuk.

Ikan pertama hari tu, alu-alu..

Kerapu batang oleh bro Din Caster 707


Baby GT oleh bro Din Caster 707.
Baby GT saya ndak sempat bergambar, saiz lebihkurang sama jak.

Hasil keseluruhan hari tu; 1 ekor alu-alu, 2 ekor baby GT, 1 ekor kerapu batang dan 2 ekor sumpit-sumpit yang di C&R. Terima kasih banyak-banyak kepada Bro Din Caster 707 yang sudi berkongsi lubuk dan menunjuk ajar ikatan FG knot.. Memang banyak lubuk berpotensi di, cuma mungkin keadaan air yang surut di bawah aras 1m kurang sesuai untuk casting. Apapun, terubat juga gian memancing..

Monday, August 2, 2010

Trip Cari Lauk Fresh ke Bintuka

Trip 1 Ogos 2010, saya bersama Jep dan Fadzli ke Bintuka sebenarnya untuk menduga lubuk selunsung di hulu Sg. Bintuka, tetapi tidak kesampaian kerana keadaan air yang tidak mengizinkan. Seterusnya, kami bergerak ke Kuala Bangkuduan untuk mencari lauk fresh.


Lubuk selunsung yang keruh. Tiada peluanglah mau menarik selunsung hari ni..

Ikan pertama pada hari tu. Baby Gt. Dinaikkan sekitar jam 12 tengahari. Mungkin disebabkan keadaan air yang keruh dan sejuk menyebabkan ikan kurang galak makan pada waktu pagi.

Kelam kabut. Tiga daripada pancing yang kami turunkan dilarikan hampir serentak oleh Baby GT.

Aksi di Lubuk joran terbang. Menahan asakan ibu gelama menggunakan set cap ayam. Kekili Tomman Aluminium 4000, joran Lemax 8 - 17lb, tangsi tali hantu Tomman 25 lb, perambut fluorocarbon Relix 30lb, dan umpan udang hidup. Hasilnya.....

Jarau, dalam bahasa tempatan. Ibu gelama seberat 5kg. Rekod peribadi ikan terbesar dalam aktiviti memancing.

Fadzli tumpang bergambar bersama ibu gelama.

Aksi c Fadzli berlawan dengan ikan putih.. Shimano Navi dengan tali sulam 80lb. Memang tiada peluang ikan putih tu melepaskan diri.

Ini dia, ikan putihnya. Dalam 1kg jugalah beratnya..

Ini pula hasil casting sambil membottom..

Ketambak yang bernafsu besar, menyambar gewang Rapala Tail Dancer ku..

Lesen casting ikan putih.. Di sebelah perahu membottom, sebelah lagi aku mengcasting..

Kesimpulannya, trip hari ni agak hambar kerana ikan tidak sudi menjamah umpan di awal pagi. Nasib baiklah ada ibu gelama jadi penyelamat..

Saturday, July 17, 2010

Trip Hentam Sajalah

Trip 10.07.2010 berlaku secara tiba-tiba tuk memanfaatkan hari-hari terakhir sebelum berpindah ke KK. Saya mengajak Fadzli tuk pergi memancing tanpa arah tujuan jelas. Di atas bot baru berbincang dan memutuskan tuk memancing ke Bangkuduan/ Bintuka.

Tetanda di Lubuk Kerapu yang lama sudah belum dilawat.

Kerapu batang di lubuk Kuala Balingkatak, terpedaya dengan umpan udang hidup hanyut. Dapat 2 ekor saiz macam ni di tempat yg sama, dgn teknik yg sama. Sepasang mungkin.


Fadzli dengan ikannya.. mcm kurau jak..

Kerapu lagi.. di lubuk Kuala Balingkatak.

Terpaksa menolak bot tuk sampai ke jeti. Air surut habis hari tu..


Tuesday, July 6, 2010

Casting di Sg. Merintaman

Setelah terkena karan casting di Bintuka sabtu lepas, saya memanfaatkan kesempatan hari-hari terakhir saya di Sipitang sebelum berpindah ke Kota Kinabalu pada minggu depan dengan turun casting di Sg. Merintaman. Trip 6 Julai 2010 saya bersama Fadzli yang mahu menceburkan diri dalam dunia casting berlangsung hanya 3 jam.


Belum sampai 10 kali cast, dah kena sambar ngan kerapu ni. Kerana kelam kabut, dan ikan terlepas dari pegangan menyebabkan rodku yang baru seminggu ku beli patah.. sayang...

Sedikit gambaran Sg. Merintaman tuk pengetahuan Bro Lempayun dan kaki pancing yang lain.

Selekoh ni siap ada kanvas lagi. Ni mesti tempat berteduh kaki bottom..

Bot nelayan tempatan, baru balik dr mengukut gerunggung.. Kawan juga ni.. Wahab, pekerja di projek SMK Sindumin dulu..

Trip kurang berhasil.. mungkin disebabkan oleh keadaan air yang kurang sesuai. Aras air yang rendah mendedahkan reba-reba yang terdapat di siring sungai tetapi tidak dalam menyebabkan gewang selalu menyangkut. Air pun agak keruh masa tu, kesan hujan yang selalu turun. Arus air pun tidak berapa bergerak masa tu.. Boleh cuba lagi, lain kali..

Saturday, July 3, 2010

Lesen Selunsung


Siakap aka Selunsung, 2kg.

Setelah hampir setahun memancing di Sg. Bintuka, akhirnya buat pertama kalinya saya mendapat selunsung Bintuka baru-baru ini. Lebih manis lagi, selunsung tersebut diperolehi secara casting, berumpankan gewang Halco . Terima kasih kepada Bro Hisham yang membawa saya ke lubuk Selunsung.