Monday, February 7, 2011

Trip Cuti Tahun Baru Cina

Bro Faudzi terpaksa mengangkat enjin simpanan 6hp untuk dipasangkan ke bot no. 1.

TRIP 3/2/2011 - Casting di Bintuka

Entah di mana silapnya, bot yang saya booking bertindih dengan seorang lagi penyewa dari Papar yang juga bernama Din. Terpaksa beralah, dengan mengambil sebuah bot dan terpaksalah mencari sebuah bot lagi. Mujurlah ada enjin spare yang dipadankan dengan bot no. 1 yang enjinnya mengalami kerosakan. Apapun, asal dapat turun.. Layannn......

Saya dengan kerapu hitam..


Bro Fadzli dengan titirnya..

Bro Faizal bergaya dengan MJ bagaknya..

Hasil bot no. 2; Dinn & Fadzli

Hasil bot No. 1; Bro Faizal & Faudzi

TRIP 5/2/2011 - Popping di Jeti SFI

Turun bersendirian ke Jeti SFI untuk pertama kalinya untuk mencuba nasib popping dan casting secara landbase. Sesampai di sana, sudah ada 3 orang caster yang bertalu-talu menghumbankan gewang mereka. Sempat berkenalan, mereka datang dari Beaufort.

Pemandangan di Jeti SFI. Hasil, kumpau..

TRIP 6/2/2011 - Casting di Sungai Kecil

Setelah beberapa bulan tidak melawat sungai kecil yang agak berpotensi suatu ketika dulu, akhirnya saya turun bersama Fadzli. Turun dalam keadaan hujan dan ditambah lagi hujan lebat pada malamnya, memang saya tidak menjangkakan apa-apa. Casting di dalam sungai sangatlah sunyi tanpa sebarang getuan dan sentapan. Hanya apabila keluar dari mulut sungai, dan ada bangkar yang hanyut, di situlah seekor kerapu yang sudi menyambar...

Kerapu bintik, hasil casting di Sungai Kecil

Saturday, January 15, 2011

Lesen MJ dalam Hujan

Lesen MJ Pertama 2011. Strike lebihkurang jam 2 petang, menjadi penyelamat kumpau.


Trip 15.01.2011 ke Bintuka saya turun berempat bersama Faizal, Faudzi dan Hardy. Trip yang dirancang sejak dua minggu lepas, agak kurang berjaya. Kepada rakan-rakan komplot, diharap jangan jerak untuk turun lagi ke Bintuka. Trip seterusnya, kita serang tempat lain lagi..

Sunday, January 2, 2011

Bangkuduan - Trip Casting Pembukaan 2011

Double hook up..

Memanfaatkan cuti hujung minggu di Sipitang, saya mengatur trip untuk ke Casting di Sungai Bangkuduan dengan menaiki bot terus dari Sipitang. Bersama saya, Fadzli yang baru saja berjinak-jinak dengan teknik Casting. Layan...

Fadzli dengan kerapunya yang menyambar TDD Hot Tiger..

Dan saya, dengan kerapu yang menelan TDD Goldfish..

Hasil keseluruhan casting jam 8 pagi sampai 12 tengahari; 4 ekor kerapu hitam..

Saturday, January 1, 2011

Trip Pembukaan 2011 - Santai Bersama Keluarga

Bertolak meninggalkan jeti. My Wife begitu teruja kerana ini merupakan trip memancing boat base kami yang pertama.

Sempena cuti Tahun Baru 2011, isteri saya mengajak saya untuk memancing dengan menaiki bot di perairan Sipitang. Lokasi penacingan adalah di Jeti SFI Sipitang. Trip turut disertai oleh ipar saya, Jep dan isterinya dan anak kecil kami E-na.


Ikan pertama yang dinaikkan, baby GT oleh Jep.

Hasil keseluruhan..

Bolehlah, ada juga buat lauk. Yang penting mesti memancing terlaksana. Lebih-lebih lagi my wife banyak menaikkan ikan berbanding saya. Apa yang penting, my wife yang juga minat memancing dapat memahami minat kami yang sama ini.

Pemandangan dalam perjalanan balik. Ramai orang memanfaatkan cuti Tahun Baru dengan mengunjungi Pantai Merintaman.

Thursday, December 30, 2010

Bintuka - Trip Penutup 2010 bersama Kembara Pancing

Ini merupakan trip penutup saya untuk tahun 2010. Trip dirancang bersama Bro Hisham untuk turun 30.12.2010, mengilat di Bintuka..

Sampai di jetty seawal jam 5.30 pagi.. Siapkan kelengkapan sementara menunggu kedai runcit buka untuk membeli air dan 2T. Jam 6 pagi, mula bergerak ke spot casting..

Mangsa pertama saya, sumpit-sumpit menyambar gewang TDD clown..

Mangsa pertama bro Hisham, kerapu hitam..

Baby GT dengan gewang TDD Goldfish.

Kerapu hitam lagi..

Bro Hisham dengan titir yang meyambar berhampiran bot..

Satu-satunya MJ yang dinaikkan.. Syukur.

Hasil keseluruhan..

Trip ditamatkan jam 4.30 petang disebabkan air pasang yang sudah naik tinggi dan hujan yang mula turun. Jumpa lagi di tahun 2011.

Sunday, December 19, 2010

Hari Titir Se-Bintuka

Trip 18 December 2010 rasanya merupakan trip saya yang terakhir ke Bintuka untuk 2010. Trip yang mulanya saya rancang pada 25 Disember 2010 terpaksa diawalkan kerana gian casting yang melampau dan juga terbakar oleh hasil rakan-rakan caster yang turun ke Bintuka akhir-akhir ini. Mengetahui Din Caster turun bersama Hardy pada hari tersebut, dan bro Irfan pun bercadang untuk turun, jadi, jadilah trip 18/12/10...

Jam 6.30 pagi, terus memecut ke Menumbuk..

Ikan pertama dari saya, titir..

Ikan pertam bro Irfan,baby GT.

Titir lagi.. jangan bazir karan bro.. layan jak titir tu.. Lepas ini pun banyak lagi titir yang kami naikkan.

Bro Irfan dengan baby MJ yang pertama.. Bro Irfan dgn gewang TDD Hot Tiger.

Lepas bro Irfan strike, saya lg strike.. ditempat yang sama.. Saya dengan gewang TDD Clown..

Tetanda yang mengkelam-kabutkan oleh Bro Irfan..

Bro Din Caster dan bro Hardy yang sukses..

Hasil bot saya dan Irfan, saiz kecil sahaja.. Kami berdua gagal menaikkan MJ bagak yang telah menyambar gewang. Saya yang lewat bertindak menyebabkan MJ berjaya melarikan gewang ke dalam reba. Sementara Irfan yang takut kalah direba telah membawa MJ bertarung secara bertahan dan akibatnya, MJ terlepas pada pecutan yg terakhir..

Hasil keseluruhan, 4 caster, 2 buah bot; 1 tembaring, 5 MJ, 1 tetanda, 2 baby GT, 2 kerapu hitam, 14 titir.. Tahniah kepada Bro Din BlackBass Hunter yang berjaya menaikkan tembaring dan MJ bagak..

Friday, December 10, 2010

Memancing di Esplanade Sipitang

Antara joran bottom yang diturunkan..

Anak-anak dan kaum ibu menunggu sambil menganyam ketupat..

Antara ikan yang dinaikkan, anak sembilang..