Trip 19/2/2011 merupakan trip ihsan saya melayan kawan-kawan yang buat pertama kalinya turun ke Bintuka. Membawa kawan-kawan dari Staff UMS dan Hospital Mesra yang telah beberapa kali meminta saya membawa mereka turun ke Bintuka. Trip kali ni saya mensasarkan Sg. Balingkatak untuk memudahkan pergerakan dengan teknik pancingan bottom dan casting.

Setelah kunjungan ke beberapa lubuk kurang berhasil, akhirnya saya membawa mereka ke lubuk berpotensi yang telah lama saya tidak kunjungi semenjak mencuba teknik casting. Tidak menunggu lama, pada balingan pertama sudah mendapat layanan baby tetanda. Dan seterusnya beberapa ekor ikan lagi berjaya kami naikkan di sini. Bro Jeib juga berjaya memecahkan kilarnya di sini..



Apapun, syukurlah trip ini telah selamat dijalankan dan dapat memenuhi permintaan kawan-kawan yang telah lama berhajat ke Bintuka. Trip ke Bintuka sememangnya memerlukan komitmen yang tinggi kerana jaraknya yang agak jauh. Dengan perjalanan seawal jam 4 pagi dan kembali ke rumah jam 8 malam, hanya pemancing yang tegar saja yang sanggup melaluinya..