Trip 18 December 2010 rasanya merupakan trip saya yang terakhir ke Bintuka untuk 2010. Trip yang mulanya saya rancang pada 25 Disember 2010 terpaksa diawalkan kerana gian casting yang melampau dan juga terbakar oleh hasil rakan-rakan caster yang turun ke Bintuka akhir-akhir ini. Mengetahui Din Caster turun bersama Hardy pada hari tersebut, dan bro Irfan pun bercadang untuk turun, jadi, jadilah trip 18/12/10...
Titir lagi.. jangan bazir karan bro.. layan jak titir tu.. Lepas ini pun banyak lagi titir yang kami naikkan.
Hasil bot saya dan Irfan, saiz kecil sahaja.. Kami berdua gagal menaikkan MJ bagak yang telah menyambar gewang. Saya yang lewat bertindak menyebabkan MJ berjaya melarikan gewang ke dalam reba. Sementara Irfan yang takut kalah direba telah membawa MJ bertarung secara bertahan dan akibatnya, MJ terlepas pada pecutan yg terakhir..
No comments:
Post a Comment