Sunday, March 28, 2010

Hasil Pertama Casting Sg. Merintaman

Titir Sg. Merintaman

Percubaan casting di Sg. Merintaman akhirnya beroleh seekor titir pada kunjungan kali yang ketiga pada 28.03.2010. Mendapat sambaran titir pada minit-minit awal acara casting, menambahkan lagi syok karan casting. Acara diteruskan selama lebih kurang sejam, namun tiada lagi hasil diperolehi. Insya Allah, usaha akan diteruskan lagi..


Sunday, March 21, 2010

Bintuka - Akhirnya, Jep dapat selunsung

Setelah lebih 2 tahun menduga Bintuka, Jep pertama kali dapat selunsung, 1.5kg.

Trip 21.03.2010 menggunakan 2 bot yang disewa dari Hj. Kumit, 7 orang pemancing Sipitang & KK bergabung, umpan hidup dari Benoni dan kolam udang Hj. Kumit.



Boi dengan hasil castingnya, sumpit-sumpit

Boi dengan hasil bottom, tetanda

Dan saya, dengan hasil bottom, sembilang..

Bot pertama - saya membawa geng-geng kaki pancing dari KK (Boi, FiFi & Lobo) mempraktikkan bottom, trolling dan casting. Hasil kurang memberangsangkan.

Bot kedua - Jep, Saidin dan Fadzli dengan kaedah 100% bottom. Keseluruhannya berjaya mendapat selunsung 1.45kg, kerapu bunga & hitam dgn berat semua 2kg, ikan putih 5 ekor dan juga sembilang.


Mencari Port Casting di Sipitang

Lubuk Membottom Sg. Merintaman

Mencari Port Casting

Sebagai kaki pancing yang baru berjinak-jinak dalam dunia casting, selain ada kelengkapan/peralatan, satu elemen penting lagi ialah port casting.

Untuk itu, pada 20.03.2010, saya telah memberanikan diri berseorangan mengunjungi Sg. Merintaman buat pertama kalinya. Sungai ini dikatakan mempunyai ikan-ikan seperti ungah, kerapu, dan alu-alu.

Selain untuk belajar casting, saya juga ingin mencuba set baru (Rod Ajiking 8-17lb + Reel Daiwa Sweptfire 2000 dan juga gewang-gewang yang baru. Percubaan casting selama hampir sejam, berakhir dengan kumpau. Ndak apa, seperti ota-otai casting selalu cakap, Kilar itu saudara casting.. Hehehe..


Sunday, March 14, 2010

Satu Malam di Lawa-lawa Tg. Pagar

Sarapan pagi.. sambaran kuat di awal pagi. Dua-dua joran yang ku turunkan direntap ganas hampir serentak. Sedang saya melayan ikan ni, joran satu lagi kena tarik. Terpaksa C Fakhrul tolong tarikkan, tapi terlepas..

Inilah hasil kami, awal pagi tu baru dapat ikan. Setelah terjumpa dengan lawa-lawa yang berpotensi.

Setelah banyak mendengar perkhabaran banyak sotong di perairan Sipitang dan juga ikan merah bagak yang suka makan malam, saya dan Fadzli merancang trip menyandat sotong dan memburu ikan merah. Trip pada 12.03.2010, disertai oleh saya, Fakhrul dan Fadzli selaku tekong. Kami bertolak dari JPP Sipitang jam 9.30 mlm.

Setelah percubaan pertama mencari lawa-lawa Tg. Pagar tidak berjaya, kami meneruskan perjalanan ke jetty SFI. Berlabuh di hujung jetty SFI dengan memasang lampu pom, keadaan laut sedikit beralun menyebabkan saya dan Fakhrul mabuk.. hehe.. Betullah kata beliau di pangkalan tadi, "kalau kamu ndak biasa mengail berlampung, cepat kamu mabuk tu".. Last-last saya dan Fakhrul memanjat jetty SFI dan menyandat sotong dari atas jetty.. Dapatlah 3 ekor sotong tuk buat umpan..

Untuk mengelakkan mabuk lagi, lampu pom dipadamkan. Dan kami mencuba memancing di Tiang Ke-4 jetty SFI, kononnya di sana orang biasa dapat ikan besar. Setengah jam di sana, tiada patukan dan sambaran, kami mengambil keputusan tuk mencari lagi Lawa-lawa Tg. Pagar. Dalam kegelapan malam, terjumpa juga kami satu lawa-lawa. Berlabuhlah kami di sana. Hampir setengah jam berlabuh, lebihkurang jam 1 pagi, set Shimano Navi yang saya pasangkan perambut fluorocarbon 30lb, pemata No.3 dengan umpan kepala sotong ditarik dengan kasar.. Dalam pertarungan itu, ikan berjaya melarikan tangsi ke tali lawa-lawa, ketika hanya 3 depa saja lagi dari permukaan. Seperti yang saya jangkakan, bila menyangkut di tali lawa-lawa tu, tidak lama perambut putus.. Dan kelihatan cahaya ikan tu, berdesup melarikan diri.. "Bukan rezeki kita", itu jak saya ucapkan tuk menyedapkan hati..

Selepas itu, keadaan sunyi jak.. hanya kami bergant-ganti menaikkan ular laut. Kami berusaha lagi tuk mencari lawa-lawa yang lain, tetapi tidak juga berjumpa. Susah juga klu ndak biasa turun ke laut ni, mo mencari lawa-lawa yang dekat-dekat pun susah. Terpaksalah kami menunggu keadaan terang tuk mencari lawa-lawa yang berpotensi.

Lebihkurang jam 5.45 pagi, barulah kami ternampak lawa-lawa yang berpotensi tu.. Dekat jak rupanya dengan tanjung taman negara tu.. Berlabuh jak di sana, tidak menunggu masa lama, joran saya ditarik kasar. Sedang bertarung tu, joran satu lagi kena tarik.. Cuma dapat naikkan satu jak, ikan putih lebih kurang 1kg. Selepas itu, dapat lagi beberapa ekor anak kerapu.. Ada kumpulan ikan bermain-main dipermukaan, cuba pancing dengan apollo, dapat 3 ekor ikan temenung..

Setelah tiada lagi sambaran dan keadaan laut mula sedikit bergelora, kami menamatkan trip kami pada jam 9 pagi..


Tuesday, March 9, 2010

Sindumin - Santai Udang Galah


Bila saya teda aktiviti memancing ke laut, my wife selalu ajak saya tuk mengail udang galah di Sg. Mengalong di Sindumin. Sekadar bersantai, jetty ni berhampiran rumah biras saya di Kg. Siputol, Sindumin. Bolehlah layan udang galah..

My wife dengan udang galahnya.. Dia suka memancing di sini tuk mengimbas kenangan zaman kanak-kanaknya yang selalu memancing udang di sungai ni..