Saturday, January 15, 2011

Lesen MJ dalam Hujan

Lesen MJ Pertama 2011. Strike lebihkurang jam 2 petang, menjadi penyelamat kumpau.


Trip 15.01.2011 ke Bintuka saya turun berempat bersama Faizal, Faudzi dan Hardy. Trip yang dirancang sejak dua minggu lepas, agak kurang berjaya. Kepada rakan-rakan komplot, diharap jangan jerak untuk turun lagi ke Bintuka. Trip seterusnya, kita serang tempat lain lagi..

Sunday, January 2, 2011

Bangkuduan - Trip Casting Pembukaan 2011

Double hook up..

Memanfaatkan cuti hujung minggu di Sipitang, saya mengatur trip untuk ke Casting di Sungai Bangkuduan dengan menaiki bot terus dari Sipitang. Bersama saya, Fadzli yang baru saja berjinak-jinak dengan teknik Casting. Layan...

Fadzli dengan kerapunya yang menyambar TDD Hot Tiger..

Dan saya, dengan kerapu yang menelan TDD Goldfish..

Hasil keseluruhan casting jam 8 pagi sampai 12 tengahari; 4 ekor kerapu hitam..

Saturday, January 1, 2011

Trip Pembukaan 2011 - Santai Bersama Keluarga

Bertolak meninggalkan jeti. My Wife begitu teruja kerana ini merupakan trip memancing boat base kami yang pertama.

Sempena cuti Tahun Baru 2011, isteri saya mengajak saya untuk memancing dengan menaiki bot di perairan Sipitang. Lokasi penacingan adalah di Jeti SFI Sipitang. Trip turut disertai oleh ipar saya, Jep dan isterinya dan anak kecil kami E-na.


Ikan pertama yang dinaikkan, baby GT oleh Jep.

Hasil keseluruhan..

Bolehlah, ada juga buat lauk. Yang penting mesti memancing terlaksana. Lebih-lebih lagi my wife banyak menaikkan ikan berbanding saya. Apa yang penting, my wife yang juga minat memancing dapat memahami minat kami yang sama ini.

Pemandangan dalam perjalanan balik. Ramai orang memanfaatkan cuti Tahun Baru dengan mengunjungi Pantai Merintaman.