Thursday, June 24, 2010

Selamat Tinggal & Berlayar Kapal Berlabuh

Ikan pertama yang saya naikkan di Kapal Berlabuh.

17 April 2010 - Pada mulanya trip ni saya bersama Fadzli dan adiknya mahu mencari gerunggung di sekitar kawasan kapal berlabuh. Secara kebetulan kami berjumpa dengan kapal ini setelah diberitahu oleh anak kapal dari sebuah kapal yang berlabuh di situ. Memang cukup mengujakan, apabila umpan sampai saja ke dasar, terus mendapat sambaran. Memang menarik lubuk ni, boleh appeal lagi. Seterusnya adalah trip yang sempat saya sertai ke kapal berlabuh.

2 ekor yang saya naikkan dalam selang masa yg singkat.

24 April 2010 - Saya turun ke Bintuka bersama Jep. Mulanya untuk memancing di Bintuka dan Bangkuduan. Tapi, apabila sampai ke Kuala Bangkuduan, kami terlihat kapal ni tidak jauh dari sana. Kami terus memecut ke kapal ini, dapat juga melayan ikan jenahak ni..

Jefry & Sufry, kecewa di kapal berlabuh

9 Mei 2010 - Saya turun ke kapal berlabuh bersama Jefry dan Sufry. Trip kali ini agak mengecewakan. Selain masalah umpan yang tidak sesuai pada malamnya, siangnya apabila umpan sudah cantik, Sufry dan Jefry 3 kali berputih mata apabila tali pancing mereka putus dilarikan oleh jenahak. Ndak appeal lagi bro, kapal sudah belayar..

Hasil terbaik 15 Mei 2010

15 Mei 2010 - Saya turun ke kapal berlabuh bersama Fadzli dan kawannya yang ada bot dari Kg. Pelakat, Saudara Alidin. Walaupun laut agak berombak pada malamnya, tetapi jenahak tetap juga sudi menjamah umpan kami.

Hasil terbaik trip 27 Mei 2010

27 Mei 2010 - Saya turun ke kapal berlabuh bersama dengan Fadzli dan kawannya yang juga tuan punya bot. Walaupun umpan udang yang kami gunakan agak kecil, tetapi hasilnya tetap memuaskan.

Hasil terbaik trip 19 Jun 2010

19 Jun 2010 - Sekali lagi saya turun ke kapal berlabuh bersama Fadzli dan juga kawannya yang kami panggil Pengerusi, menduga kapal berlabuh. 7 ekor ikan jenahak kami naikkan, manakala 5 kali putus; 2 putus di mainline 30lb dan 3 putus diperambut 50lb.

Ikan terakhir yang kami naikkan di kapal berlabuh.

21 Jun 2010 - Fadzli mengajak saya menduga lagi kapal berlabuh setelah tercabar dengan berita seorang kawannya pada malam sebelumnya telah menaikkan 8 ekor lagi jenahak di kapal tersebut dan 7 kali putus. Hanya seekor saja yang kami naikkan pada malam tersebut, disebabkan ketiadaan umpan udang hidup, kami hanya berumpankan udang mati dan ikan tamban.

Anglerzpro sedang merambat umpan udang di Kuala Weston.

23 Jun 2010 - Anglerzpro pemilik blog ngailkitani mengajak saya menduga Kapal Berlabuh seterusnya menandakan spot tersebut dalam set gps beliau. Walaubagaimanapun, hajat tidak kami tidak kesampaian, apabila melihat ke laut pada petang tersebut kelibat kapal tersebut sudah tidak kelihatan. Memang agak mengecewakan..


Kapal Atlantic Breeze milik Syarikat Perkapalan Wilhemsen

Inilah sebahagian kapal berlabuh yang menjadi lubuk memancing jenahak sejak beberapa bulan yang lepas. Di sinilah saya belajar melayan dan menaikkan ikan bersaiz 1kg ke atas. Sejak beberapa minggu lepas kapal ini mula menyalakan lampu dan enjin pada setiap malam. Kebiasaanya, apabila sesebuah kapal berbuat demikian itu adalah tanda-tanda mereka akan belayar dan meninggalkan tempat perlabuhan mereka sejak beberapa bulan atau tahun yang lalu. Dan, akhirnya pada 23 Jun 2010, kapal ini telah berlayar ke destinasi yang kita tidak ketahui. Selamat Berlayar dan Selamat Tinggal.

No comments:

Post a Comment