Sunday, December 27, 2009

Bintuka - Trip Penutup 2009

Ini merupakan trip penutupku ke Bintuka untuk tahun 2009. Trip kali ni saya pergi bersama geng dari Site SMK Sindumin; Ah Kai dan Wahab. Mulanya saya tidak mau menyertai trip ini, tetapi memandangkan Boatman tu tidak pernah ke Bintuka, Ah Kai pun baru sekali dan tidak tahu jalan, dorang mau juga saya ikut.. So, pigi sajalah..

Trip kali ni, trip 4 dalam 1; bottom, casting, merambat dan trolling.. Layan....

Kami terus ke lubuk wajib kami yang kedua, di Maidin aka Mata Belanak. Ni ikan pertama yang saya naikkan hari tu, ikan putih skala ngam-ngam 1kg.. Selepas ragutan kasar yang pertama rabut (ikatan mata kail terlucut, kena berguru mengikat lagi ni). Mungkin spesies ni jugalah..

Kerana ketiadaan umpan udang hidup (ada sotong jak, tetapi ikan ndak mo sentuh pun), sambil mencari tempat merambat udang. Saya pun, mengcasting..
Ni hasil casting saya yang pertama.. (selepas Buntal bawah Jambatan Sg. Benoni). Syiok juga rupanya casting klu dapat strike..

Dalam pencarian lubuk merambat, kami sampai ke kuala ni.. dekat Bangkuduan, selepas Barabak..
Macam menarik tempat ni, sungainya kecil, banyak reba pula tu.. Menurut c Wahab, tempat ni dorang selalu merambat (menaiki bot terus dr Sipitang).. Dorang pernah dapat lebih 80 ekor ikan merah dalam satu malam..

Wahab sedang merambat udang tuk umpan.. Ada juga kerapu batang yang terambat..


Inilah umpan udang hidup kami..

Selepas merambat di Bangkuduan, kami kembali ke Maidin.. Pergi ke lubuk wajib, Lubuk Kerapu Batang. Dapat naikkan 3 ekor jak kerapu batang. Kemudian kami kembali ke lubuk yang dapat ikan putih tadi.. Di sini Wahab mendapat ragutan kasar.. Setelah lebih kurang 5 minit bertarung, akhirnya rabut (perambut putus dekat mata kail)..

Ikan pari 3.5kg daripada Ah Kai.. Hasil bottom pertama beliau di Bintuka.. Takut sudah dia kumpau hari tu..


Dalam perjalanan balik ke jetty.. Ah Kai, trolling dengan penuh bergaya.

Ni ikan terakhir yang dinaikkan hari tu.. Barracuda, hasil trolling C Ah Kai.

Dah siap trip mancing, saya atur pula trip makan malam di rumah. Jemput ahli-ahli trip yang sama-sama berpanas dan berhujan tuk naikkan ikan-ikan ni..
Terima kasih tuk isteri saya yang berhempas pulas masak hidangan makan malam ni. Semua dia yang masak, kecuali pari tu, saya yang bakar.. Isteri saya cakap, "rasa berbaloi memasak kalau makanan yang dihidang licin habis dimakan"..


No comments:

Post a Comment