Tuesday, May 1, 2012

Trip Memancing - Snorkelling di Mabul - Kapalai..

 Kesempatan outstaion ke Tawau beselang dengan Cuti Hari Pekerja dimanfaatkan sebaiknya dengan mengatur trip memancing bersama Bot Kembara Pulau. Trip disertai oleh 6 orang kaki pancing termasuk tekong bot dan pengurus Kembara Pulau. Lokasi sasaran trip kali ini ialah sekitar Pulau Mabul dan Kapalai.

 
 Bergerak dari Jeti Tampi-tampi selepas Bro David Ling sampai yang akhirnya dapat menyertai trip ini selepas program mereka malam ini dibatalkan disebabkan oleh gangguan elektrik ke seluruh Sabah.





 Bot Kembara Pulau, dipacu oleh Enjin Yamaha 40hp 2 biji, perjalanan ke Pulau Mabul memakan masa 45 minit.

Set memancing yang saya gunakan. Shimano Navi PG 8000 + Joran Lemax 20 - 50lb dan Shimano Stradic C4 + Joran Ajiking Yellow Tail PE 0.8 - 2.

Sampai di lokasi memancing dalam jam 7 malam. Masa untuk memancing..

 Sempat lagi snorkelling di Kapalai awal pagi. Berenang bersama ikan..

Bro David Ling dengan double hook di awal pagi. Merah Bro..

Double hook dr Pcik Sharif. Sanggup mengambil cuti dan memandu dari Felda Sahabat 16 untuk menyertai trip ini.

Gambar dengan hasil kesuluruhan..

Gambar hasil keseluruhan.. Walaupun tak penuh tong, tapi bolehlah. yang penting trip terlaksana, selamat pergi dan kembali. Cuba lagi..

Kaki pancing yang kepenatan dan mengantuk, tidur dalam perjalanan pulang.

Akhirnya tercapai juga hajat saya untuk memancing di Mabul - Kapalai. Ekplorasi menerokai lubuk-lubuk berpotensi di Semporna akan diteruskan. Nantikan laporan trip yang akan datang. Sekian..


3 comments: