Wednesday, June 30, 2010

Senjata Tempur untuk Bintuka Battle KPN'ers Sabah

Satu komplot memancing telah diatur oleh geng-geng forum Kaki Pancing.net di bahagian Pantai Barat Sabah untuk menduga Sungai Bintuka Beaufort dengan teknik pancingan Casting menggunakan gewang/ umpan tiruan. Trip ini akan diadakan pada 3 Julai 2010 dan akan disertai oleh seramai 10 orang kaki pancing dengan menggunakan 5 buah bot. Dan akan ada pertandingan mengikut bot dengan penentuan juara melalui hasil pancingan terberat.

Sebagai persedian untuk trip tersebut, berikut adalah set yang akan saya gunakan. Memandangkan ini merupakan trip sulung saya menyertai acara casting, set dan kelengkapan pun masih tidak seberapa;

Set Pertama: Reel Daiwa Sweptfire 2000 + Rod Eupro Exploder 8-20lb

Set Kedua; Reel Shimano Catana 4000 + Rod Abu Conolon PE 1-3

Koleksi Gewang untuk Casting

Koleksi Gewang untuk Trolling + 1 Popper.

Ini merupakan trip sulung yang bakal saya sertai yang 100% akan menggunakan gewang / umpan tiruan. Diharap set dan gewang yang disediakan dapat memenuhi keperluan semasa trip tersebut nanti. Walaupun, pengalaman hanya belum sampai setahun jagung dengan kaedah casting, harap trip ini akan berhasil juga nanti. Semoga Berjaya...

Thursday, June 24, 2010

Selamat Tinggal & Berlayar Kapal Berlabuh

Ikan pertama yang saya naikkan di Kapal Berlabuh.

17 April 2010 - Pada mulanya trip ni saya bersama Fadzli dan adiknya mahu mencari gerunggung di sekitar kawasan kapal berlabuh. Secara kebetulan kami berjumpa dengan kapal ini setelah diberitahu oleh anak kapal dari sebuah kapal yang berlabuh di situ. Memang cukup mengujakan, apabila umpan sampai saja ke dasar, terus mendapat sambaran. Memang menarik lubuk ni, boleh appeal lagi. Seterusnya adalah trip yang sempat saya sertai ke kapal berlabuh.

2 ekor yang saya naikkan dalam selang masa yg singkat.

24 April 2010 - Saya turun ke Bintuka bersama Jep. Mulanya untuk memancing di Bintuka dan Bangkuduan. Tapi, apabila sampai ke Kuala Bangkuduan, kami terlihat kapal ni tidak jauh dari sana. Kami terus memecut ke kapal ini, dapat juga melayan ikan jenahak ni..

Jefry & Sufry, kecewa di kapal berlabuh

9 Mei 2010 - Saya turun ke kapal berlabuh bersama Jefry dan Sufry. Trip kali ini agak mengecewakan. Selain masalah umpan yang tidak sesuai pada malamnya, siangnya apabila umpan sudah cantik, Sufry dan Jefry 3 kali berputih mata apabila tali pancing mereka putus dilarikan oleh jenahak. Ndak appeal lagi bro, kapal sudah belayar..

Hasil terbaik 15 Mei 2010

15 Mei 2010 - Saya turun ke kapal berlabuh bersama Fadzli dan kawannya yang ada bot dari Kg. Pelakat, Saudara Alidin. Walaupun laut agak berombak pada malamnya, tetapi jenahak tetap juga sudi menjamah umpan kami.

Hasil terbaik trip 27 Mei 2010

27 Mei 2010 - Saya turun ke kapal berlabuh bersama dengan Fadzli dan kawannya yang juga tuan punya bot. Walaupun umpan udang yang kami gunakan agak kecil, tetapi hasilnya tetap memuaskan.

Hasil terbaik trip 19 Jun 2010

19 Jun 2010 - Sekali lagi saya turun ke kapal berlabuh bersama Fadzli dan juga kawannya yang kami panggil Pengerusi, menduga kapal berlabuh. 7 ekor ikan jenahak kami naikkan, manakala 5 kali putus; 2 putus di mainline 30lb dan 3 putus diperambut 50lb.

Ikan terakhir yang kami naikkan di kapal berlabuh.

21 Jun 2010 - Fadzli mengajak saya menduga lagi kapal berlabuh setelah tercabar dengan berita seorang kawannya pada malam sebelumnya telah menaikkan 8 ekor lagi jenahak di kapal tersebut dan 7 kali putus. Hanya seekor saja yang kami naikkan pada malam tersebut, disebabkan ketiadaan umpan udang hidup, kami hanya berumpankan udang mati dan ikan tamban.

Anglerzpro sedang merambat umpan udang di Kuala Weston.

23 Jun 2010 - Anglerzpro pemilik blog ngailkitani mengajak saya menduga Kapal Berlabuh seterusnya menandakan spot tersebut dalam set gps beliau. Walaubagaimanapun, hajat tidak kami tidak kesampaian, apabila melihat ke laut pada petang tersebut kelibat kapal tersebut sudah tidak kelihatan. Memang agak mengecewakan..


Kapal Atlantic Breeze milik Syarikat Perkapalan Wilhemsen

Inilah sebahagian kapal berlabuh yang menjadi lubuk memancing jenahak sejak beberapa bulan yang lepas. Di sinilah saya belajar melayan dan menaikkan ikan bersaiz 1kg ke atas. Sejak beberapa minggu lepas kapal ini mula menyalakan lampu dan enjin pada setiap malam. Kebiasaanya, apabila sesebuah kapal berbuat demikian itu adalah tanda-tanda mereka akan belayar dan meninggalkan tempat perlabuhan mereka sejak beberapa bulan atau tahun yang lalu. Dan, akhirnya pada 23 Jun 2010, kapal ini telah berlayar ke destinasi yang kita tidak ketahui. Selamat Berlayar dan Selamat Tinggal.

Sunday, June 20, 2010

Santai hujung minggu di JPP Sipitang

Memancing di JPPS bersama family, Jep dan wifenya..

Ikan pertama oleh Jep.. Kredit untuk umpan udang hidup dari kurungan Anglerzpro..

Ungah bawah jetty JPPS.

My wife dengan ketambak. mo gelap sudah.. balik..

Hasil keseluruhan; 2 ekor ketambak dan 2 ekor ungah.

Saturday, June 19, 2010

Jenahak Kapal Berlabuh Lagi.. (19.06.2010)

Hasil terbaik kami bertiga..

Trip malam di kapal berlabuh kali ni disertai oleh saya, Fadzli dan botmen merangkap tuan punya bot. Bertolak seawal jam 6 petang, mencari umpan udang hidup dengan memukat. Kami memulakan acara memancing di kapal berlabuh dari jam 9 malam hingga jam 6 pagi.

Yang ni, ikan yang saya dapat..

Syukur, pada malam tu setiap kami berpeluang menaikkan ikan bersaiz 1kg ke atas. Tangkapan terbesar oleh fadzli, kemudian saya dan kemudian tuan punya bot. Memang hasilnya tidak seberapa banyak, tetapi kepuasan melayan tarikan jenahak cukup menyeronokkan..


Timbang, 1.4 kg.. Rekod terbaik saya setakat ini di kapal berlabuh.


Wednesday, June 16, 2010

Memancing di Perairan Semporna

Bertolak dari Pekan Semporna

Kesempatan pulang ke kampung untuk menghadiri kenduri kahwin sahabat saya pada 13 Jun 2010 telah saya manfaatkan dengan turun memancing di perairan Semporna pada 12 Jun 2010. Perancangan awal untuk memancing ke Pulau Siamil terpaksa dilupakan kerana kesuntukan masa dan tiada tekong. Aktiviti memancing kami pada hari itu di sekitar terumbu karang berhampiran Pulau Manampilik dari jam 10 pagi hingga jam 4 petang..

Pulau Tabbalanos.. antara pemandangan dalam perjalanan.

Tekong dengan ikan yang tak tau namanya..

Ikan tadi dilepaskan semula.. tak boleh makan..

Saya denga anak kerapu


Lagi, dengan ikan ketambak..

Tekong merangkap tuan punya bot, double hock up..

Tekong lagi..

Cikgu Saidi dengan ikan jebongnya aka paggot aka boggek..

Hasil keseluruhan kami pada hari tu..


Lato', makanan tradisi masyarakat bajau Semporna, dijumpai dalam perjalanan pulang ketika menunggu air pasang.

Sunday, June 6, 2010

Port Memancing Baru di Sipitang


Antara hasil yang diperolehi..


Pemancing tradisi..

Semasa mengambil gambar tadi pagi untuk buat laporan projek, saya tertarik dengan aktiviti makcik-makcik ni yang memancing di Pavilion A. Nampaknya, bertambah lagilah port memancing di Sipitang ni..