Sunday, April 25, 2010

Bintuka - Bangkuduan - Kapal Berlabuh

"Umpan besar sangatlah Haji.." kepala jak kena penggal..

Trip kali ke Bintuka pada 24 April 2010, saya bersama Jep menaiki bot sewa Hj Kumit. Bertolak seawal jam 6 pagi. Menduga Lubuk Selunsung C Jep. Hanya beberapa ekor sembilang dan anak tetanda yang dinaikkan..

Jam 8.30 pagi bertolak ke Kuala Bangkuduan.. Sampai jak di sana saya terlihat kapal berlabuh yang saya kunjungi minggu lepas. Jep menanggarkan perjalanan ke sana dalam 20 minit.. So, apalagi.. umpan pun besar, minyak pun banyak.. pecutlah..

Memang macam minggu lepas jugalah.. Sampai jak umpan di dasar, terus kena sambar.. Cuma agak susah hook up, mungkin disebabkan oleh umpan yang terlalu besar..

2 ekor tetanda saiz 1 kg yg saya tewaskan..
Tarik joran satu, ampaikan. Kemudian kena tarik lagi joran yang satu. Puas hati..

Kami memancing di sana dari jam 10 sampai jam 12 tengahari jak.. Ombak pun makin kuat dan menghempaskan bot kami ke kapal. Apalagi, baliklah ke sungai. 4 ekor jak kami dapat di sana.

Antara hasil hari tu.. gambar kabur. handphone baru keluar dari ice box. Hujan lebat geng.

Antara kapal-kapal yang berlabuh diperairan Sipitang - Labuan..
Kena rajin mecarilah. Ada di antaranya yang menjadi tempat ikan melepak.. Hehe..

Setelah melihat, kapal berlabuh lebih memuaskan daripada Sg. Bintuka, dengan ini saya mengambil keputusan untuk merehatkan diri dulu dari trip Bintuka. Insya Allah, pertengahan bulan 5 nanti akan kembali lagi ke kapal berlabuh dan mencuba teknik berhanyut..

Wednesday, April 21, 2010

Racun Bisa dari Bangkuduan

Kurau 8kg dinaikkan oleh pada 17.04.2010

Gambar Jefry, geng komplot saya yang turun ke Bangkuduan dengan kawannya dari Maraba Beaufort.

Saturday, April 17, 2010

Jackpot di Kapal Berlabuh

Kapal Berlabuh pertama

Trip kali ni, saya, Fadzli dan adiknya Fakhrul dengan misi memburu rumahan, gerunggung dan tenggiri di sekitar kapal berlabuh di perairan Sipitang pada 17 April 2010. Bertolak seawal jam 11 malam tuk menduga Lawa-lawa Tg. Pagar dan juga supaya dapat bergerak seawal yang mungkin ke tempat kapal-kapal berlabuh.

Setelah kurang mendapat sambaran pada sebelah malam, seawal jam 5.30 pagi kami bergerak kawasan kapal berlabuh dan memulakan pancingan apollo (mengukut, kata orang Sipitang). Tiada hasil di kapal pertama, kami beralih ke kapal kedua. Di sini adalah naikkan rumahan dan temenung bersaiz kecil. Untuk mencapai misi gerunggung kami beralih lagi ke kapal yang ketiga. Belum sempat berlabuh, penghuni kapal tersebut menyuruh kami untuk memancing di kapal yang bersebelahan.

Ada seorang pemancing di sana, baru juga mula memancing berumpankan udang hidup. Saya pun menurunkan pancing berumpankan seekor temenung dan berhanyut.. Tidak payah menunggu lama, sampai jak umpan ke dasar, saya terus mendapat ragutan kasar. Dan hasilnya...

Tetanda, lebih kurang 1kg..

Memang agak memberangsangkan, huluran kedua juga terus mendapat sambaran.. Seekor ikan merah. Selepas itu, giliran Fakhrul pula mendapat sambaran, boleh tahan juga lenturan jorannya.. Tetapi sayang, ikatan terlucut dan ikan terlepas. Suasana terus sunyi seketika. Kami pun mengikat perahu di tali sauh kapal. Tidak lama Fakhrul mendapat sambaran, dan beberapa lagi ekor ikan merah dan jenahak dinaikkan.

Fakhrul dengan ikannya..

Selepas lebihkurang sejam di sana, tiada lagi sambaran. Mungkin disebabkan oleh keadaan air yang keruh disebabkan oleh hujan yang lebat semalam di Beaufort. Arus pun tidak berapa bergerak. Kami pun meneruskan misi sebelumnya tuk memburu gerunggung. Bertanya kepada nelayan dan pemancing di kapal, mereka pun tidak mendapat gerunggung. Hanya rumahan dan temenung bersaiz kecil dan sederhana sahaja.

Jackpot di kapal berlabuh..

Antara hasil apollo. Ambil sekadar perlu jak..

Lebihkurang jam 10.30 pagi, kami pun menamatkan trip memancing kali ni.. Walaupun tidak memperolehi gerunggung dan tenggiri, kami tetap berpuashati dengan jackpot di kapal berlabuh.

Monday, April 12, 2010

Bintuka - Putih di Cari, Hitam yang di Temui

Trip 10.04.2010 dirancang untuk menduga semula Lubuk Selunsung c Jep, lubuk di mana C jep menaikkan Selunsung 1.5kg pada trip yang lepas. Trip ini disertai oleh saya, Jep dan Sufri. Bertolak seawal jam 5 pagi di Sipitang dan sampai di jetty Hj. Kumit pada jam 6 pagi.. Jam 6.30 pagi kami bertolak memancing setelah membeli udang hidup dari perambat-perambat udang di sekitar jetty Hj. Kumit. Layan....

Ikan pembukaan.. tetanda di Lubuk Selunsung C jep..

Jep dengan tetanda nya.. jauh juga tetanda ni masuk ke hulu..

Lubuk kerapu hitam rupanya ni. Kerapu hitam yang terjerat dengan teknik drifting udang hidup.

Sufri dengan kerapu hitamnya.. di lubuk yang sama..


Setelah kehabisan umpan hidup pada jam 4.30, kami menghabiskan masa dengan trolling sampai jam 5.30 di lubuk Selunsung c jep.. Hasilnya hanya seekor titir, seekor lagi rabut..

Ini hasil saya dan Jep.. Ikan putih di atas. Di bawah tu kerapu hitam..

Dan ini, hasil yang diperolehi oleh Sufri.. hampir 3 kg jugalah..

Trip yang dikhaskan tuk memburu putih (selunsung) tidak berjaya.. hitam (kerapu hitam) pula yang banyak kami perolehi.. Apapun, syukur dengan rezeki yang Allah bagi..

Tuesday, April 6, 2010

3 hari yang ....................................

Khairina belajar memancing

2 April 2010 - Memancing di Sg Merintaman dengan wife dan anak..


3 April 2010 - Membottom dan casting di Sg Merintaman secara solo


Baby kerapu yang saya dapat membottom di Sg. Merintaman (CNR)


4 April 2010 - Kuala Weston (Kg. Lubuk) dan Kuala Sg. Mengalong.


Kuala Weston


Pemancing ni sanggup meredah sungai ni tuk memancing..


Dan kami, sanggup meredah hutan ni tuk mencari port memancing yang baik.

Tanpa perancangan saya, Sufri, Jefri, dan Bahrin mencuba untuk memancing di Kuala Weston yang dapat dikunjungi dari Kg.Lubok, Weston. Setelah hampir sejam memancing, dgn keadaan arus air pasang yang deras tiada ikan yang sudi menjamah umpan kami.. akhirnya kami memutuskan untuk berpindah kuala Sg. Mengalong pula.. mo 30km lebih dari sini..

Kuala Sg. Mengalong

Kami meminjam perahu daripada nelayan di sana.. terpaksa berdayung pun happy juga, asal dapat memancing.

Ikan pertama, Sembilang oleh Sufri..


Hasil Jefri.. ikan besar tu saya yg dapat, tp bagi ngan dia..

Hasil Sufry.. ada jackpot ketam bakau lagi..

Dan saya, selain ikan besar yg saya bg Jefri, saya dapat 2 ekor ikan gelama dan 1 ekor bedukang.